Posts

Showing posts from January, 2017

Bila kenalan nak jadi kawan..

Dalam aku berjalan nak keluar surau, aku teringat nak hantar log book di Jabatan. Jadi aku perlu naik tingkat 8 semula dari surau tingkat 2 dalam bangunan hospital. Lagi 15 minit, lecture akan mula dekat dewan kuliah di bangunan PK. Ambil masa 5 minit nak jalan ke sana. Ada seorang kawan aku, D namanya. Kami terserempak depan pintu surau. Dia ajak "Eh jom pergi sama lecture". Jawab aku "Oh aku nak pegi tingkat 8 jap" "Oh okay tapa lah. Aku teman kau sekali pergi tingkat 8 dulu" "Haa okay" Selesai semua urusan, aku dan dia gerak ke bangunan PK. Kelas belum mula. Lecturer ada hal lain dulu barangkali. Sebelum dapat tempat duduk, aku terhenti sekejap di tempat duduk belakang. Ada kawan aku namanya L. Ada benda penting aku nak cerita dengan dia. Dan aku kata dengan D "Pergi lah cari tempat dulu" Aku jadi dilema. "Eh dengan siapa aku nak duduk ni". Aneh, bukan fikir tempat duduk mana yang sesuai nak dengar lecture ...

Satu waktu dan satu waktu

Ada satu sahabat nabi yang namanya Hanzalah. Pernah satu hari Abu Bakr mendengar Hanzalah berkata : "Hanzalah ini munafiq. Hanzalah ini munafiq" Dia menuduh dirnya munafiq. Bila ditanya mengapa. Jawabnya "Keadaan aku tidak sama ketika aku bersama dengan isteri dan anakku dengan ketika aku bersama dengan Rasulullah". Tambahnya lagi "Kalau bersama dengan Rasulullah, aku dapat merasakan seolah olah syurga (akhirat) itu sangat dekat. Alangkah munafiknya aku" Maka dibawa lah Hanzalah bertemu dengan Rasulullah. Apabila saja Rasulullah tahu tentang kesedihan Hanzalah ini, apa kata Rasulullah? "Jika keadaan kamu, wahai Hanzalah adalah sama sentiasa seperti kamu berada bersama aku, maka malaikat pasti akan memberi salam (baca : mendoakan) pada kamu ke mana saja kamu pergi. Tetapi, Hanzalah.. Satu waktu dan satu waktu" Ya, satu waktu dan satu waktu. Kata ulama ; Ada waktu khas untuk Allah. Ada waktu untuk memikir tentang kamu. Ada waktu untuk...

Dah tanggung harus jawab

Jangan menyesal Teringat kata kata Hlovate dalam satu novel nya (baca : tak ingat tajuk), "Dah tanggung, kena lah jawab. Itulah tanggungjawab" When we reflect that word of responsibilities, we may recognize there are decicisions and choices that we've made. We must be responsible for what we have chosen. We must take some action to execute what we've decided We'll be resurrected, then be judged for what we did and what we did not for fulfilling our responsibilities. "Kalau dah buat keputusan belajar amik kos susah. Jangan lah buat cara benda ni mudah. Nanti kau sendiri akan lelah nak jawab dengan Allah. Akademik ini juga hak/tanggungjawab yang harus kau buat, tahu? Kalau masih malas hari ni, jangan menyesal esok hari" Banyak hak yang perlu ditunai Semua orang juga ada hak atas diri kamu. Allah ada hak atas kamu. Kamu kata kamu Islam. Maka apa buktinya? Rasulullah ada hak atas kamu. Kamu kata kamu umat Muhammad saw. Cukup kah selawat d...

Seni dalam sunyi

Musik itu seni Kata Pak Gajah : "Menulis dan melukis itu adalah satu bakat. Pengkarya harusnya terus tulis dan lukis walau apa saja kata orang. Sama juga dengan pendakwah. Terus sebarkan kebaikan walau apa saja yg dilontarkan pada dia." Dan aku percaya, musik itu juga satu karya seni. Tahniah dan terima kasih kepada orang yang konsisten hasilkan seni musik. Dan hebat lagi yang menjadikan seni musik itu untuk sebarkan yang baik-baik juga. Senyum. Kita yang pilih Dalam apa saja perkara, orang boleh guna untuk jadikan ia untuk memberi yang baik-baik. Dan ada juga yang jadikan ia untuk perkara yang sia sia. Malah ada juga yang jadikan ia medium untuk sebarkan yang buruk pula. Sama lah dengan seni musik. Harusnya kita tahu. Mahu pilih dengar yang mana. Atau hasilkan musik yang bagaimana. Sebagai yang mendengar.. Pilihan atas tangan kita. Ingin dengar musik yang bagaimana kerana tiap yang kita lihat, sebut dan dengar, yang akan mengisi hati kita. Musik di alam...