Bila kenalan nak jadi kawan..



Dalam aku berjalan nak keluar surau, aku teringat nak hantar log book di Jabatan. Jadi aku perlu naik tingkat 8 semula dari surau tingkat 2 dalam bangunan hospital. Lagi 15 minit, lecture akan mula dekat dewan kuliah di bangunan PK. Ambil masa 5 minit nak jalan ke sana.

Ada seorang kawan aku, D namanya. Kami terserempak depan pintu surau. Dia ajak "Eh jom pergi sama lecture".

Jawab aku "Oh aku nak pegi tingkat 8 jap"

"Oh okay tapa lah. Aku teman kau sekali pergi tingkat 8 dulu"

"Haa okay"

Selesai semua urusan, aku dan dia gerak ke bangunan PK. Kelas belum mula. Lecturer ada hal lain dulu barangkali. Sebelum dapat tempat duduk, aku terhenti sekejap di tempat duduk belakang. Ada kawan aku namanya L. Ada benda penting aku nak cerita dengan dia.

Dan aku kata dengan D "Pergi lah cari tempat dulu"

Aku jadi dilema. "Eh dengan siapa aku nak duduk ni". Aneh, bukan fikir tempat duduk mana yang sesuai nak dengar lecture (baca : belajar) tapi fikir pasal dengan siapa nak duduk pula. Haih.

D kawan yang baru aku kenal. Dia antara pelajar dari universiti lain yang sambung belajar di fakulti aku. Jadi sekarang makin bertambah batch kami. L pula kawan yang aku kenal dari sebelum masuk Tahun 1 lagi. Yang patutnya aku tanya khabar dia sebab lama sudah tidak jumpa dan bual sama sebab lain posting.

Kalau ikut jiwa aku, dengan siapa pun boleh. Sebab itu aku tidak punya kawan rapat mungkin. Apa yang aku kisah adalah orang lain.

Sebab aku nak jaga hati D, jadi aku pergi ke barisan tengah dewan dan duduk sebelah dia. Dia nampaknya gembira.

Sepanjang kami tunggu lecturer sampai, aku buka whatsapp. Dan D kata "Sibuknya. Asyik dengan tab ja"

Aku angkat muka dan hanya tersengih.

-Tamat


Aku belajar..

Hari itu aku belajar yang bila ada orang yang mahu berkawan dengan kita, tidak kisah lah untuk kenal kita lebih rapat atau hanya untuk teman dia yang sunyi dan berduka lara, harusnya kita raikan dia.

Ya raikan tiap orang yang datang dalam hari-hari kita.

Aku belajar yang dakwah itu bukan hanya sekadar "kau dah buat usrah, dah jadi naqibah, pernah berdiri kat depan bagi ceramah' sudah jadi indikator ''Oh aku dah cukup dakwah". Tapi harusnya dakwah itu bila kau jadi muslim yang benar-benar muslimnya.

Yang menjaga hubungan dengan orang sekelilingnya.

Yang bertegur sapa bukan kerana mahu dia ingat kita, tapi kerana mahu dia fikir kita ingat dan kisah tentang dia. Dengan sebut nama pun jadi lah.

Yang menyubur hubungan yang sedia ada dengan bertanya sedikit-lebih soalan tentang dirinya menandakan dia menjadi perhatian kita. Dengan soalan seperti "Dah makan ke belum? Kampung dekat mana? Dah beli tiket bas ke?"

Yang menghilangkan ke-awkard-an dengan ajak bercerita sesuatu yang dia suka. Harusnya tidak jadi satu kesalahan kita telaah sedikit apa yang diminati kawan kita dan tambahkan minat kita. Asalkan saja ia bukan perkara yang maksiat dan bawa dosa.

Ya dari situ, aku belajar yang aku belum cukup baik menghargai manusia. Dan aku bercita mahu betulkan apa yang salah, dan buat apa yang tidak aku buat ketika aku ada peluang dulu.


Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling