Dah tanggung harus jawab



Jangan menyesal

Teringat kata kata Hlovate dalam satu novel nya (baca : tak ingat tajuk), "Dah tanggung, kena lah jawab. Itulah tanggungjawab"

When we reflect that word of responsibilities, we may recognize there are decicisions and choices that we've made.

We must be responsible for what we have chosen.
We must take some action to execute what we've decided

We'll be resurrected, then be judged for what we did and what we did not for fulfilling our responsibilities.

"Kalau dah buat keputusan belajar amik kos susah. Jangan lah buat cara benda ni mudah. Nanti kau sendiri akan lelah nak jawab dengan Allah. Akademik ini juga hak/tanggungjawab yang harus kau buat, tahu? Kalau masih malas hari ni, jangan menyesal esok hari"

Banyak hak yang perlu ditunai

Semua orang juga ada hak atas diri kamu.
Allah ada hak atas kamu. Kamu kata kamu Islam. Maka apa buktinya?

Rasulullah ada hak atas kamu. Kamu kata kamu umat Muhammad saw. Cukup kah selawat dan buat sunnahnya?

Ibu bapa kamu ada hak atas kamu. Kamu kata mereka banyak berjasa. Maka apa cara kamu balas budi ?

Kawan kawan kamu ada hak atas kamu. Kamu kata mahu berukhuwah hingga syurga. Maka nasihat apa yang kamu pernah kongsi?

Guru guru kamu ada hak atas kamu. Kamu kata mereka ibarat lilin membakar diri. Maka apa pula yang boleh korbankan untuk mereka pula?

Umat ini ada hak atas kamu. Kamu kata kamu sebahagian dari mereka. Maka apa yang sudah kamu berbuat untuk kebajikan sesama?


P.s Hanis, belajar lah. Walau tak nampak hasilnya sekarang. Kau akan nampak besok nya. Allah dah janji Dia akan tolong. Tapi syaratnya, kau kena usaha dulu.

Sekian.

*Mood study week. Exam nak dekat oi

Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling