Seni dalam sunyi



Musik itu seni

Kata Pak Gajah : "Menulis dan melukis itu adalah satu bakat. Pengkarya harusnya terus tulis dan lukis walau apa saja kata orang. Sama juga dengan pendakwah. Terus sebarkan kebaikan walau apa saja yg dilontarkan pada dia."

Dan aku percaya, musik itu juga satu karya seni. Tahniah dan terima kasih kepada orang yang konsisten hasilkan seni musik. Dan hebat lagi yang menjadikan seni musik itu untuk sebarkan yang baik-baik juga.

Senyum.

Kita yang pilih

Dalam apa saja perkara, orang boleh guna untuk jadikan ia untuk memberi yang baik-baik. Dan ada juga yang jadikan ia untuk perkara yang sia sia. Malah ada juga yang jadikan ia medium untuk sebarkan yang buruk pula. Sama lah dengan seni musik.

Harusnya kita tahu.
Mahu pilih dengar yang mana.
Atau hasilkan musik yang bagaimana.

Sebagai yang mendengar..
Pilihan atas tangan kita. Ingin dengar musik yang bagaimana kerana tiap yang kita lihat, sebut dan dengar, yang akan mengisi hati kita.


Musik di alam realiti

Memangnya musik itu ramai orang suka. Kalau tidak, masakan filem musikal menjadi pilihan kebanyakan. Cuba senaraikan. Aku sendiri juga suka filem yang ada lagu lagu. Latar belakang adegan di filem juga boleh kita terkesan hanya kerana impak musik.

Hakikatnya, jka dalam hidup sehari hari. Mana ada lagu yang membelakangi tiap adegan hidup kita. Jika sedih, tidak ada pula lagu sudirman terpasang tiba tiba. Jika bersemangat, tidak ada pula musik (baca : bunyi) gendang- gendang seperti dalam filem hindustan.

Mak aku banyak kali sedarkan aku. Yang filem musikal buat kita mengimpikan hidup dalam fantasi. Mak lebih suka pada filem yang sangat dekat atau yang mampu menggambar realiti. Hidup kita tidak sentiasa punya lagu lagu yang memberi 'excess effect' pada emosi.


Sunyi itu juga musik

Sunyi itu juga musik. Musik yang tiada nada"
*Aku rasa.

Aku selalu saja suka mengisi waktu senyap dengan dengar lagu.
Apa apa lagu pun boleh. Mungkin bisa jadikan diri lebih terhibur.
Boleh juga buat hilang ngantuk. Lebih lebih lagi bila sudah berjam belajar. Atau sedang mengemas, menyapu atau menyusun atur bilik. Atau ketika tidak ada hati untuk buat apa apa.

Tapi ada masa masa, sunyi itu musik yang paling enak sekali
Sunyi juga beri ketenangan.
Jika kamu mahu ingat Tuhan. Merasa hadirnya Tuhan.
Duduklah dalam kesunyian dan hanya perdengarkanlah suara kita yang bercerita dengan Dia. Maka ia adalah musik yang terindah juga.

Kadang kadang, apa yang hati kita perlukan bukan musik yang bernada yang selalu terdengar di radio dan youtube, tapi hanya sunyi. Ia beri ketenangan. Cuba lah.


Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling