Pulang

Bismillah.

Mata tertutup tenang. Nafas diambil teratur. Dihembus lancar. Hati bisik "Ya Allah, terima kasih untuk satu lagi hari. Hari ini"

**

Besar sekali tanggungjawab kita. Banyak sekali yang masih belum tertunai pula. Paling berat bila teringat pada banyak benar nikmat yang perlu aku syukur. Belum selesai syukur satu, allah datangkan lagi satu.

Belum habis syukurkan yang sebelum itu, telah aku rasa mahu minta lagi dari Allah - yang makbul doa hambaNya tanpa jemu.

**

Apabila hari-hari ku jadi susah, aku tahu Allah sedang menunggu. Tunggu hamba Dia meminta dengan tulus pada Dia. Bila aku rasa tidak bijak susun urusan dunia. Aku tahu kerana aku sudah tidak atur dengan baik urusan akhirat aku juga.

Allahu. Kau Yang Satu. Menjadi pembaca setia tulisanku. Menjadi pemerhati tiap amal baik dan buruk aku. Mengingatkan aku bila aku menjauh dari Mu.

**

Tiap getir dalam hidup, allah telah siap-siapkan jalan keluar. Di balik guruh dan air hujan yang Allah turunkan, ada pelangi yang Allah mahu hadiahkan.

Bila kita mengaku kita hamba, kita akan sabar dan sangka baik dengan Tuhan kita yang selalu tahu apa yang terbaik untuk ciptaan Nya. Masakan tidak, Dia cipta tiap segi kita.

**

Hanis, tidak rindu kah kamu berbicara dengan Dia?

Tinggalkan lah sekejap hal-hal yang memberatkan kamu untuk tetap di dunia, sebab dunia ini tidak lama. Ia bukan tempat asal kita. Sampai tiba masa, kita akan balik pada Dia. Semula.



Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling