Kita kuat kan?






Sistem pembelajaran di sekolah perubatan kebanyakannya sama di mana pun. Kami ada satu sesi yang dipanggil Problem Based Learning (PBL). Akan ada dua sesi PBL untuk satu tajuk. 

Tajuk untuk berdasarkan permasalahan yang diberi seperti pesakit yang dimasuk wad dengan aduan sekian sekian. Sesi ini dibimbing oleh seorang fasilitator.

Dan setelah beberapa kali jalani PBL, kumpulan aku dan termasuklah aku rasa macam seronok gila fasilitator kita orang ini. Fasilitator ini pensyarah lah sebenarnya.

“Kenapa tak panggil pensyarah (lecturer) ja?”

“Hm sebab beliau tak bagi lecture atau bersyarah dalam sesi tu?”

Dan sampai lah sesi PBL yang seterusnya. Kita orang dapat fasilitator baru. Ya boleh kata baru lah. Sebab tiada seorang pun antara ahli kumpulan aku yang tahu namanya. Heh.

The discussion went not so well. Yeah, I could conclude that way as most of our group members were complaining and showing irritated looks. Ada juga kawan kita orang yang keluar ja, dan pastinya itu bukanlah normal dia yang selalunya.

The rest is history.

Mungkin kerana kita membanding-banding.

Apabila kita punya sesuatu yang sangat baik suatu ketika dahulu, bila sampai satu ketika kita dapat suatu yang kurang baik dari sebelum itu, kita akan mula rasa tak gembira dengan ia.
Kita punya kawan-kawan yang hebat yang bijak-bijak. Boleh jadi pendengar yang setia lah kita boleh kata. 

Dan sampai satu hari, kita berpisah. Dan bertemu dengan ramai lagi kawan. Dan kawan-kawan yang baru ini tak seperti atau tak sama dengan kawan yang dulu. Buat kita mahu kembali masa lalu. Tidak dapat terima apa-apa yang kurang baik daripada yang dulu.

Kalau kita pernah tinggal di kolej yang sangat selesa. Dan hari ini kita diletakkan dalam kolej yang sangat tidak serba lengkapnya, maka akan buat kita tidaklah puas hati walau hanya sekecil perkara tentang ia.

Kerana manusia suka membanding-banding buat dia susah untuk bersyukur apa yang ada di hadapan mata. Tidak salah punya sikap seperti ini kerana ia boleh membawa kepada penambahbaikan ( kata lain : improvement).

Tetapi jika kau sedar, kau tidak mampu untuk mengubah (menambahbaik) dalam masa yang singkat atau memang tiada daya untuk mengubah langsung, sekurangnya kau bisa ubah cara kau menerima cacatnya atau kurangnya suatu hakikat.

Hati itu ada penapis

Jika ada sesiapa yang cakap dengan cara yang menyakitkan hati atau sesuatu yang buruk pada kau atau orang-orang, (eh) individu-individu yang dekat dengan kau, bukan semua yang dikata perlu masuk dalam hati. Bukan semua perkara perlu sampai ke hati.

Siapkan penapis yang terbaik sekali pada hati. Kenapa? Sebab kau yang pilih bidang ini, bidang perubatan. Adalah suatu yang normal untuk dimarahi depan ramai orang, dimalukan dan direndah-rendahkan.

Hakikatnya, dalam apa apa bidang pun. Ya semua bidang belajar juga kerjaya.

Terima itu sebagai cabaran. Jika hari ini pun, kita tak boleh tahan, bagaimana mahu jalani masa depan? Jangan risau lah kawan. Ramai pun antara kita hadapi perkara yang sama. Kau tak berseorangan. Kita tak bersendirian.

Dan jangan terasa terlalu rendah (kata lain: Inferior) di hadapan guru atau pensyarah kita sehingga tersekat peluang pembelajaran kita, hanya kerana mereka lahir dulu dari kita dan terima pendidikan dan pengalaman lebih dulu dari kita, tidak bermakna kita hina, tidak layak pula beri apa apa pandangan. Manusia itu dicipta sama tarafnya. Cuma taqwa beza kita. Tapi hormat-menghormati itu juga perlu ada.

Just ignore how he/she teach us, but gain what he/she wants us to learn. Can we?

Hari esok boleh jadi lebih teruk

Nampak macam ‘scary’ sangat sub-tajuk itu kan? Tapi, itu lah kebenarannya. Sekurangnya bagi aku ya. Sebab itulah cara untuk aku terus bertahan dan bersedia.

“Tomorrow can be worst, so be strong today as you’ll be stronger ahead.”

Kita diuji sesuai dengan tahap mampu kita. Boleh jadi kita diuji lebih hebat pada masa hadapan. Bersiap sedialah kawan. Dalam peperiksaan dunia kita mahu lulus, kenapa tidak kisah jika gagal ujian dari Tuhan?

Dan ingatlah selalu ;

Dalam kita tak berpuas hati dengan apa yang kita ada hari ini, ada lagi yang lebih tidak bernasib baik berbanding kita.

Dalam kita merungut dengan apa yang jadi dengan kita saat ini, ada lagi manusia yang hadapi perkara yang lebih menyakitkan hari-hari.

Akhir perjalanan ini akan baik baik saja

“Dan sesunggunya akhir keadaanmu akan lebih baik bagimu daripada permulaannya”
Surah Ad-Dhuha : 4

Yakin lah pada Tuhan. Kesudahan perjalanan ini akan baik- baik saja. Kerana seorang hamba yang melalui jalan untuk menuntut ilmu, akan dimudahkan jalannya ke syurga.

Masakan tidak baik pula, kerana destinasi kita syurga?
Kalau dalam perjalanan itu masih belum baik juga, maka itu bermakna kita belum sampai akhir lagi. Teruslah tabah. Teruslah sabar. Memang ini gaya hidup sebagai pelajar.

Kita kuat kan? Senyum.

P.s Hari hari itu punya ibrah. Punya perkara yang Allah ajar. Yang Tuhan mahu kita belajar. Senyum.











Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Struggling