Struggling





Sejak di bangku sekolah. Jadi manusia yang dikenali orang kebanyakan itu bukan aneh bagi aku. Bukan satu perkara yang aku kisah lagi.

"Eh nanti orang pandang"
"Ah seganlah. Bagi dia bagi dia lah"

Tapi kini ia jadi suatu yang aku kisah. Kerana mahu rehat kah
Sedangkan kepimpinan, organisasi, perbincangan itu satu nikmat yang aku amat senang dengannya. Tetap saja ia juga musibah yang aku mahu bersabar dengan ia.

Sepertinya perasaan yg dirasa sekarang adalah sama di waktu asasi dulu.
Rasa tidak mahu lagi orang kenal. Rasa tidak mahu lagi ke depan.

Ah kenapa kah?

Aku lebih tenang dan lancar berbicara di ruang yang tidak ramai orang seperti notable blog ini. Heh. Berbanding facebook. Mungkin kerana sukar sekali menjaga niat di ruang yang terlalu ramai orang. Rasa mudah saja keinginan itu kepada publisiti.

Aku tidak suka.

Tidak suka pada perasaan itu. Ah ada orang lebih memilih untuk tidak menghadapi apa yang dibenci dan menjauhkan diri. Ada pula yang sangguh menhadapinya kerana tahu akan kebaikan di hujungnya walau terpaksa harungi suatu yang tidak disukai.

Melihat kepada mana kah aku ini?

Hasil/hujung jalan juang ini
Atau perit di sepanjang perjalanan ini.

Perit itu bukan kerana berbatu dan berduri jalanan itu
Melainkan hanya kerana perit melawan diri sendiri

Diri sendiri yang hodoh.

Sisi hodoh yang sangat pandai bersembunyi.

Andai saja orang tahu. Pasti larikan diri.

P.s Dan jangan mengalah walau struggling itu meletihkan. Ingat Tuhan yang tidak pernah putus asa menanti doa dan pemohonan ampunan dari hamba hambaNya.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?