Dose 1
Ketika mana kamu sangat sangat perlu luahkan sesuatu.
Jadikan huruf-huruf ini sebagai perantaranya. Ah tenang sekali menulis di satu
sudut yang tak perlu lagi kau berat fikir. Fikir tentang apa pandangan manusia,
berapa orang yang suka atau yang tidak suka. Tapi hanya fikir “asal apa yang
aku rasa diekspresi”
Aku ini fikirnya banyak sekali
Tapi tak improve-improve juga.
Salah niat mungkin.
**
Entah lah kenapa hati ini jadi teringat zaman di asrama. Aku tasydid sekali. Pada awal awal mengenal tarbiyah. Kemudian aku mula jadi lebih terbuka tapi tetap lagi menjaga. Susah sekali jika ada laki mahu borak biasa-biasa. Aneh rasa.
Kemudian fasa universiti pula mula. Tetap lagi menjaga. Tidak boleh beri ruang pada yang mahu bergurau dan tahu lebih tentang kita. Mungkin usrahnya selalu. Tidak tinggal. *ketawa kecil. Tapi jiwa ini tetap juga ada rasa bersalah.
Kerana dikata sombong mungkin.
**
Setelah itu harus jadi perwakilan pula di universiti. Sikap aku yang buat orang 'thiqah' zaman dulu itu, makin hilang. Aku menjadi lebih peramah. Lebih harus terbuka. Jangan kaget sangat jika ada yang bergurau saja-saja. Dan jiwa aku juga sudah kurang rasa bersalah. Lebih selesa untuk bergaul. Rasa lebih luas target dakwah. Tapi bergaul mesra tetap bukan dengan semua. Sebab jika ada yang sepertinya mahu berlebih-lebih. Aku akan menjauh. Supaya rasa selamat.
Tapi dalam keadaaan yang aku rasa lebih selesa untuk berkawan dan belajar. Hati ini tetap ada rasa kurang selamat.
Entah lah.
**
Aku ada terfikir mahu jadi seperti yang dulu. Bila fikir fikir, aku jadi sebak. Kerana aku tidak punya asas yang kukuh jika mahu berubah. Berubah kepada yang dulu. Atau asas yang utuh mengapa aku berubah kepada yang sekarang.
Rapuh sekali iman seorang Hanis.
Hanya mengikut kehendak suasana.
Tidak boleh tidak nafi, kita perlu adaptasi. Tapi aku jadi mencari cari apa yang aku mahukan dari tiap perubahan yang dicorak aku ini? Ah, manusia lagi. Pasti kerana sebabnya manusia.
Takut manusia kata sombong.
Risau juga manusia tidak hormat.
Complex sekali.
**
Aku merasa mahu ubah suatu yang aku patut buat dari dulu. Walau ia mungkin akan calar sedikit hati orang yang aku peduli dan selalu ambil tahu. Tapi, demi apa tiap tindakan kamu, Hanis?
Demi apa?
Jika benarlah "Hidupku, matiku, solat dan ibadahku hanyalah untuk Allah" Maka apa saja keputusan yang kau mahu ambil, harus ekad. Kerana keputusan itu harusnya datang dari ilmu dan proses fikir serta iman. Bukan sekadar ikut rasa-rasa.
Mesti.
**
Ikhlas itu jauh sekali dari aku.
Tapi mesti tetap berlari dapatkan ia.
**
Jika ada jumpa penulisan ini, buat tidak peduli saja. Sebab ruang ini hanya untuk aku baca semula.
Kerana menulis di tempat lain, tak seseronok seperti di sini.
Hanisbiha
0045
23.03.2017
Comments
Post a Comment