Mula semula


Kerana yang sesak di hati, boleh dilegakan dengan 'tulis'
Kerana yang berat di minda, mampu diringankan dengan 'tulis'
Maka aku tahu aku harus mula semula.

Peperiksaan

Kini musim exam tiba. Semua pun pakat belajar bersengkang mata. Curah keringat yang ada. Supaya lulus. Supaya gembira. Siapa mahu gagal?

Aku terlihat satu video. Yang sarkastik penyampaiannya, menggambarkan 'kita yang belajar untuk final, dengan kita yang belajar make up tutorial". Aku jadi teringat aku. Aku suka sangat datang apa apa tazkirah dan kelas agama. Lagi lagi kelas tasawuf. Kertas itu memang akan penuh dengan nota. Tapi lain pula jadinya bila dalam kelas medic yang aku ambil selama 5 tahun ni. Dengar bersungguh juga, tapi tidak se-bersungguh seperti kelas agama sebelumnya.

Kenapa?

Harusnya aku adil dengan semua ilmu. Orang lain yang menginginkan namanya tertulis sebagai pelajar jurusan perubatan, tapi aku yang dapat. Orang lain yang bertungkus lumus tapi tetap saja perlu ulang tahun kerana beberapa kegagalan, tapi aku diizinkan naik tahun tanpa alami banyak kesusahan.

Hanis, syukur kamu itu Allah lihat dengan amal kamu.
Ya rabbi, jika aku sedang sedih. Bukanlah kerana hasil yang tidak elok. Tetapi  kerana usaha aku yang tidak elok. Tidak bagus. Masih malas. Merasa cukup. Merasa hebat. Merasa Kau akan selalu tolong.

Sedang Kau ajar yang syarat pertolongan Kau adalah usaha.
Faghfirli.

"Doa datang dari kamu. Dan yang memakbulkannya Allah. Kesungguhan itu datang dari kamu. Dan yang akan memberi taufiqnya itu Allah. Meninggalkan sesuatu kederhakaan itu kamu, dan yang memberikan perlindungan itu Allah" -Buku Menjadi Kekasih Allah


Hanisbiha 28.12.2016

Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling