Rindu
Tidurlah dengan hati yang rindu
Jagalah dengan niat mahu beramal kerana rindu
Berjalanlah dengan derap yang berirama rindu
Fikirkanlah tentang Dia yang dirindu.
Jangan kau jadi munafiq yang nasihat orang bagi tagih cinta Tuhan, tapi kau jauh sekali curah usaha untuk belajar cinta yang membawa rindu akan satu satunya Ilah. Lidah kamu cerita tentang ikhlas. Tapi hati itu penuh ujub dan riya. Akhirnya manusia manusia kau jadikan keutamaan. Nafsu kau jadikan rujukan.
Ah, lupa sudah apa erti rindu. Lupa sudah rasa rindu.
Ini semua kerana kau pedihkan jiwamu dengan dosa dosa.
Tuangkanlah air taubat yang dingin pada batang tubuh, pada akar jiwa yang rapuh.
Agar ia tumbuh semula. Jadi segar. Jadi subur. Jadi hidup.
Hiduplah di sini dengan baik baik.
Dengan rindu untuk mati agar dapat hidup dengan melihat wajah Dia.
Di sana. Ya di sana nanti.
Comments
Post a Comment