Kita bebas untuk beremosi
Bismillah.
Emosi. Betapa emosi mendorong manusia untuk mengekspresi dengan lebih baik. Boleh jadi ekspresi itu bentuknya riak wajah, percakapan, tindak tanduk mahupun penulisan.
Jika pernah kamu terbaca novel Tenggelamnya Kapal Van Der Widjck atau sekurangnya pernah tertonton ia di atas layar atau kaca televisyen, pasti kamu akan ingat tentang Zainuddin. Zainuddin yang terbuang. Zainuddin yang tidak mulia keturunannya. Zainuddin yang ditinggalkan wanita yang pernah janji untuk setia. Serta Zainuddin yang berjaya dengan menggunakan kisah hidupnya yang sedih derita saja. Bagaimana
Silamnya yang meremukkan buat dia menulis kisah itu dengan emosi yang benar dan diekspresi dengan tulus lalu diterbitkan. Masyarakat merasainya. Masyarakat jadi memuja dia kerana istimewanya susunan huruf huruf yang disulam emosi itu.
Maka saya jadi percaya apabila seorang manusia mengekspresi emosi dia dengan tulus dalam penulisannya buatkan ia mudah difahami dan dihayati pembaca.
Jika minat seorang itu pada masakan lalu diceritakan dengan penuh emosi (baca : gembira) kerana dapat berkongsi apa yang dia suka. Maka tulisannya akan lebih menarik untuk dibaca.
Bukan saya mahu berkongsi cara untuk menarik ramai pembaca, tetapi saya jadi tersedar bahawa manusia akan mudah untuk ekspresi sesuatu yang dekat atau yang berada dalam hatinya. Yang selalu difikirkannya. Jika dia orang yang sangat suka pada kucing. Maka share/post dia di facebook akan sangat banyak dengan kucing.
Jika dia sangat tidak suka dengan politik Malaysia pada hari ini, maka penulisannya akan menjadi, kerana ia ditulis dengan hati (baca : emosi). Namun beza tiap orang yang menulis dengan hati ini adalah sama ada dia menyertakan akal fikiran dalam penulisannya.
Sebagai contoh, jika dia sangat meminati ekonomi. Kemudian ada isu tentang ekonomi yang makin merudum, maka jika si penulis itu bijak dan berhati hati, akan dia kaji dahulu dan menulis semula dengan menyertakan emosinya untuk manfaat pembaca.
Tahukah kamu apa perasaan yang paling baik itu? Adalah apabila kamu boleh buat (baca : tulis, lukis, cakap) apa yang sangat dekat di hati kamu. Apabila kamu ekspresi jiwa kamu terhadap sesuatu yang kamu sukai mahupun benci itu adalah satu kebebasan yang tidak patut tidak kamu lupa, bahawa kita ada. Ya kita punya kebebasan itu,
Jika kamu sangat marah. Maka ekspresi kan ia dengan cara yang terbaik.
Jika kamu sangat sedih. Maka ekspresi kan ia dengan cara yang paling baik.
Cara yang baik itu adalah apabila metod itu boleh membawa manfaat pada peningkatan potensi diri malah boleh beri kebaikan pada sekeliling kamu.
--Hanisbiha 6/3/2016

Comments
Post a Comment