“Zaujah kamu itu,sahabatku.”
Buat Khaulah Norazam yang
selalu dirindui..
Bismillah. Rasanya tidak
pernah sempurna tulisan mengganti jasad yang tidak mampu hadir ke hari
berbahagia sahabatnya. Namun, walau ia tidak
sempurna, sekurangnya ada. Tanda aku beringat selalu pada kamu, Khaulah. Sungguh mengenalimu, hadiah
terindah yang pernah ku punya, khaulah. Kamu datang dalam aku tidak
menginginkan.
“Khaulah, kita tak pernah pun
ada niat nak rapat dengan khaulah. Tak rasa apa apa connection pun untuk
terlalu rapat. Tapi, khaulah selalu ada, ya selalu ada walaupun kita nih tidak
ada apa apa untuk beri sesuatu dalam persahabatan kita, tapi khaulah selalu
hadir waktu kita memerlukan teman. Duduk sekelas dalam dua tahun. Rasanya, kita
macam selalu kecilkan hati khaulah. Percayalah ia tanpa sengaja. Ya, tanpa sengaja.
Khaulah sangat bagus. Tiada
ragu. Ya, tiada ragu dalam itu. Ketika mana khaulah mula cerita tentang
tarbiyah pada kita waktu kita Tingkatan Dua dulu, kita tak rasa terlalu
tertarik pun padaya. Jujur. Tapi, tahun demi tahun kita mula kenal dengan
tarbiyah. Dan sangat membahagiakan tahu, khaulah.. Bila mana kita ada sahabat
terbaik dalam jalan tarbiyah yang sama ini.
Di mana ya titik permulaan
kita rapat? Haha. Mungkin kepimpinan. Khaulah lebih kepada BADAR. Dan Khaulah
selalu ada bantu kita memikul amanah TKU dulu. Mungkin juga sebab selalu tidur
sekatil sebab Khaulah tidak tidur di katil atas (baca : katil sendiri). Atau
mungkin sebab Khaulah selalu kejut kita pagi pagi. Atau mungkin sebab khaulah
selalu ajak kita tolong cikgu. Mungkin juga sebab akhlak Khaulah sendiri yang
selalu buat kita malu dan fikir “betapa hebatnya orang yang di hadapan ku ini”.
Ah, entah mana titiknya.
Rasanya, kita mula rasa istimewanya Khaulah waktu kita Tingkatan Lima. Dan ia makin bertambah sejak kita berjauhan. Jauh tempat belajarnya. Jauh juga bidang yang diambil. Ah, benar mungkin dengan berjauhan, ikatan persahabatan ini semakin utuh. Jika Khaulah mula anggap
kita istimewa lebih lama daripada itu, maafkan kita Khaulah kerana ego mungkin jiwa ini
untuk mengenalmu sebagai anugerah dari Ilah yang tidak mungkin patut dilepaskan.”
Sungguh aku yang dhaif dalam
memilih kalam, tidak mampu untuk mengarang kata-kata yang cukup bagi menggambar
cantiknya kamu, Khaulah. Cantiknya akhlakmu. Memikat hati mak ayahku. Cantiknya
budimu. Memikat hatiku. Cantiknya kamu kerana hati dalam jasad itu.
Selamat berbahagia menjadi
isteri pada Syed Zulfauzi, ya Khaulah.
“Wahai zauj kepada temanku,
percayalah kataku, kamu tidak salah dalam bersetuju mengambil Khaulah menjadi
surimu. Khaulah sangat istimewa dalam kalangan teman-teman yang baru atau yang
sudah lama mengenalnya, dan terlalu istimewa buatku sendiri, sahabat baiknya. Khaulah jarang merajuk, susah pula nak marah. Kalau
Khaulah merajuk, tak lama pun nak pujuk sebab hatinya kental sama seperti
pahlawan yang berkongsi nama dengannya : Khaulah Al-Azwar Al-Kindi. Beruntunglah
kamu. Jagalah permata itu elok-elok. Moga rumahtangga yang dibina ini Allah
redha. Seredha-redhanya.”
P.s Khaulah, moga kita jumpa
lagi hari yang lain. Maaf kerana bukan pada hari berbahagia kamu. Untuk
terakhir kalinya, aku beruntung menjadi sahabat kamu dan seribu kali maaf
dariku kerana aku faqir untuk menjadikan kamu pula beruntung menjadi teman
baikku. Wassalam.
Daripada :
Hanis Nabihah Saari aka Hanisbee-mu.

Akk rindu sgt khaulah. Wlau hrituh dpt p hari nikah dia, tp sgt2 sekejap. Serius. Sgt rindukn keberadaan dia sehari hari akk.
ReplyDeletetp still, akk pun rindukn hanis! Hehe..haziyah,azimah...hehe