Semester baru
Bismillah.
Hanisbiha, semester baru bermaksud azam yang baru. Azam baru bermaksud niat yang baru. Tajdid niat Hanis. Tajdid. Jika benar dalam jasad itu ruhul jadid, maka pastinya mampu. Ya, harus qawiy semestinya.
1. Amanah
Kerana belajar itu amanah. Maka jadilah qawiyyul amin (Baca : Kuat lagi amanah), hanisbiha. Bagaimana kau rasa sibuk pun, berdisiplinlah dalam pelajaran kamu. Sebab buka result exam yang jadi keutamaan sekarang, tetapi penguasaan ilmu. Ya, penguasaan ilmu itu yang penting untuk hari kemudian. Bersiap sedia sekarang untuk hari hari yang mendatang.
2. Kasih Sayang
Berkasih sayanglah dengan orang sekelilingmu dan orang yang jau darimu. Hubungan dengan Allah jaga, hubungan dengan manusia juga harus dijaga. Hidup ini sementara, gunakan sebaiknya untuk menyebar kasih sayang kerana itulah Islam. Hanis, balas batu dengan buah boleh kan? Ya, pasti boleh. Senyum.
3. Ilmu
Jadilah berwawasan pemikiranmu. Tambahkan ilmu bersama kefahaman, hanis. Nak jadi doktor cemerlang bukan ilmu perubatan sahaja harus tahu. Ilmu agama, ilmu kehidupan juga menjadi kepentingan kamu. Sabarlah dalam menuntut ilmu. Ya, Allah akan kira itu, in shaa Allah.
4. Bermanfaat
"Sebaik-baik antara kamu adalah yang bermanfaat untuk saudaranya" Maka jadilah yang bermanfaat. Dan kau memerlukan skil dalam hal ini. Selalulah berlapang dada untuk memberi, memberi sesuatu untuk umat hari ini. Jika bumi tidak ingat kamu, sekurangnya langit jadi saksi amalmu.
Pesanan dari Hanisbiha Tahun 1 kepada Hanisbiha Tahun 2.
Wassalam.

kak ngahhh!
ReplyDeleteall the best. InsyaAllah this semester will be fine. Qawiy!