Jauh.
Bila kau asyik berbuat perkara yang menjarakkan dirimu dari Tuhan, maka boleh jadi Tuhan sendiri yang menjauhkan diriNya dari kau.
Sungguh rasa jauh itu harus mengundang rindu. Tapi jika kau menjauh dengan jiwamu sepi dari rasa rindu, sungguh kau bisa tenggelam. Kerana hati yang jauh dari Tuhan ibarat gelora yang berkecamuk. Sedangkan cara menjadikan tenang gelora itu adalah dengan ingat Tuhan.
Tenangkan ombak tinggi dalam jiwamu, kerana lagi lama kau ambil masa untuk balik ingat Tuhanmu, kau akan lemas. Bisa jadi mati.
Begitulah hati. Hati yang kau biarkan nafsu menjadi raja, tidak rawat dengan iman (baca : ingat Tuhan), maka ia akan mati. Jika bukan hari ini. Besok boleh jadi.
Comments
Post a Comment