Demi Allah, gagahkan saja
"Allahu, walau satu dunia ini tidak menyukaimu kerana kebenaran yang kau bawa, tidak mengapa. Asal redha Allah itu sentiasa ada.
Tapi jika satu dunia menyukaimu dan tidak pula Allah kerana kau pilih untuk tinggalkan kebenaran itu, maka rugi kamu semasa dan selepas akhirat kerana pemilik dunia ini sudah tidak suka."
Ah biasa sudah kata kata ini disampai mulut ke mulut.
Tapi aku jadi bimbang jika orang yang membawa kebenaran itu yang tak bijak untuk buatkan orang sekelilingnya juga cinta pada kebenaran.
Jika kau asyik memilih untuk menjadi asing, dan melindungi diri kamu dari dibenci Tuhan tapi mengundang tidak sukanya manusia. Maka mana sumbangan mu untuk agama Tuhan ini? Kerana syarat untuk mengajak manusia suka pada kebenaran adalah dengan buatkan dia orang suka pada pembawa kebenaran itu. Sungguh ia bermula dengan perkenalan kemudian persaudaraan.
Jadikan mereka sebenar benar saudara kamu. Sungguh itu hak mereka. Jika mereka tidak tahu atau tidak sedar tentang pentingnya persaudaraan ini, maka kau lah jadi orang yang mula jadi pemegang tali itu. Jika mereka tidak cukup kuat menggenggamnya, moga kau harus cukup kuat untuk memegang tali itu di bahagian kau juga bahagian mereka.
"Ya nabiyullah, bagaimana? Bagaimana kau mampu terlalu mengasihi orang yang tidak pernah ingat akanmu malah membenci kamu? Bagaimana?"
P.s Berkasih sayang kerana Allah itu cara Muhammad s.a.w. Memberi buah kepada pembaling batu itu satu ikutan. Mengutamakan sahabat walau sahabat itu orang yang pentingkan diri, juga satu kemuliaan.
Comments
Post a Comment