Gembira sikit boleh?
Tengok orang lain tersenyum buat aku terfikir "bahagia mungkin, dia".
Lihat orang lain ketawa buat aku fikir "tiada masalah mungkin, dia"
Perhati orang lain gembira dengan apa saja yang dihadapinya buat aku yakin "dia mampu menghilangkan apa yang gundah dari wajahnya, ah mungkin saja kerana hatinya juga lapang lapang saja"
Bagaimana mungkin ada orang yang tiada masalah? Masakan manusia itu hidupnya bahagia bahagia saja?
Kata rasulullah, orang yang bijak itu adalah orang paling selalu ingat akan mati. Maka sahabat seringkali risau dan bimbang jika amal masih kurang.
Tapi hanisbiha, kenyataan itu tidak patut mengurangkan rasa manisnya dunia. Ya dunia ini manis. Allah beri kita peluang untuk rasa. Dalam kita berpada pada.
Supaya kita syukur. Bukanlah sampai kufur.
Jika kau menidakkan apa apa yang manis, bagaimana mahu kau syukur akan rasa manis nikmat itu?
"Dan terhadap nikmat TuhanMu, hendaklah kau nyatakan (dengan bersyukur)." Dhuha : 11
Sahabat sahabat juga ada masa mereka bergurau senda. Tapi sangat serius bila datang seruan jihad pula. Jadi bijak hanisbiha. Mesti bijak.
Dalam menghirup yang manis, tapi tidaklah sampai hidap diabetes. Berpada pada.
Bermanis muka itu juga suatu sedekah. Senyumlah dari hati. Kerana ia lebih manis. Bukan hanya senyum yang tampal di bibir sedangkan hati sunyi. Sebab manusia itu layak untuk bergembira. Bukan hanya gundah saja. Islam ajar kita hidup di dunia kan? Hiduplah dengan betul betul.
Comments
Post a Comment