Sebab melaghakan diri sendiri

Bismillah.

Ketika hati mula jatuh sakit, ada dua pilihan. Sama ada biar ia terus sakit atau cari penawar agar ia sihat. Semula.

Aku mahu pilih menjadi sihat, tetapi aku tak cukup kuat.

Ah, persetankan syaitan. Lawan.

Mana mungkin pejalnya tembikar, sebelum api marak membakar. Masakan gagah si askar, tanpa latihan yang tegar.

Kerana asal tembikar itu tanah liat yang lembik dan asal askar itu pemuda yang mudah capek (Baca : letih)

Ingat Allah. Ingat mati. Ingat penghulu segala nabi. Ingatkan diri sendiri ;

"Tanggungjawab kita melebihi masa yang ada"

Walau ada sesetengah amanah itu menggoncang jiwa. Tiadalah engkau suka. Tapi inilah dunia, buat apa yang kau 'kena' buat, bukan hanya apa yang kau 'suka' buat.

Jika mahu jalan (baca : kehidupan) ini akhirnya bahagia. Maka, usaha berjuang itu adalah kau yang punya. Tiada siapa yang akan kerjakan untuk engkau. Tiada siapa.

Comments

  1. Assalamu'alaikum.
    Allah..Allah.. sungguh tersebut. Mohon petik sedikit coretan Puan untuk dikongsi. Moga ada manfaat In syaa Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling