Fastaqim !

Nak tulis panjang malam ni boleh?

Hanisbiha..
Sebab bukan manusia penilai kita. Bukan mereka tentu baik buruk kita. Melainkan kita dengan Tuhan kita. Apa apa yang tak mendatangkan pahala dan dosa, jangan sibuk fikir nanti hanya jadi sia sia.

Buatlah perkara yang Tuhan suka. Bukan sebab ganjaran dunia yang kau damba tapi hanya kerana demi dapat cinta dan perhatian Dia. Tak senang ke kalau Allah selalu ada selalu jaga? Penatnya hidup dengan selalu fikir apa yang orang kata.

Tak letih ke? Cukuplah sampai sini. Cukup cukuplah dengan sangka buruk, membanding-banding dan rasa inferior dan insecure.

Malu dengan Tuhan. Jangan sampai malu pada manusia buat kita tak boleh nak buat kerja/amal yang disuruh Tuhan. Hidup di dunia sekali. Kemudian mati. Nak bawa apa akhirat nanti?

Berhentilah jadikan alasan 'tak mampu' dan 'tak kuat' dan 'tak biasa' hanya sebab masih mahu duduk dan bermalasan dan bersenangan dengan apa yang kau ada dan berangan dengan apa yang kau belum ada

P.s Orang tahu ke tak tahu ke, terus kerja boleh? Fastaqim !

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling