Hati hati dengan niat di hati?

Detak jantung itu masih terus. Terus kedengaran membuktikan Tuhan masih izin ia mengepam darah. Mengepam darah ke seluruh tubuh. Tubuh yang punya hak untuk menerima nutrisi yang dikandung darah. Darah mengalir itu tidak berhenti. Tidak pernah berhenti memberi tanda kita masih hidup lagi. Ya,hidup lagi.

Jika kau masih punya hari ini, hari yang kau bisa bernafas lagi, maka syukur. Ya syukur.
Alhamdulillah. Sebut betul betul. Al-ham-du-lillah, Ya, puji hanya untuk Allah.

Senyum.

Aku terjumpa gambar ini di blog ; Budak tomato


Ya ada benar kata Lord Byron itu. Heh. Walau tidak pernah aku bertemu beliau namun ada benar katanya. Mungkin kerana kebelakangan ini aku lebih suka menulis dalam buku sendiri. Walau cakaran ayam lebih cantik dari catatan aku but eventually the feeling is relieved as the thoughts were delivered on a paper or a few papers or a lot of papers? Ok what ever.

Tapi, aku tahu aku tidak patut jadikan blog ini ruang bersawang.
Ah, entah kenapa mudahnya hati ini berbolak-balik.

Mudahnya ia berubah.
Tahukah engkau tentang niat?

Ya niat. Tujuan. Objektif. Et cetra.
Setiap apa yang kita kerjakan pasti punya niat.

Dan belajar juga harus ada niat. Mengapa kau belajar? Mengapa perubatan?
Kerana niat itu berada dalam hati yang berubah-ubah, maka niat itu juga mudah lari ke situ ke sini.

Ah, aku tahu.. Aku harus betulkan semula niat itu.

Bagaimana?
Kembali pada TUHAN. Untuk perbaharui niat, kau harus kembali pada Tuhan. Tiada cara lain.
Jaga hati dengan kembali pada Tuhan. Maka niat yang duduknya di hati pasti dijaga Tuhan.

--Hanisbiha 09032015


Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling