Kita tak tahu apa yang terbaik?
Boleh jadi yang kau fikir
baik itu bukan yang terbaik. Boleh jadi yang kau fikir buruk itu lebih baik.
Ah klise benar ayat atas
itu. Tapi puas akal kau beritahu hati, tetap degil seketul hati itu mahu yakin
dengan ia.
Dalam kau menginginkan yang
A, puas sudah kau usaha tapi yang Z juga yang Allah beri.
Kau mahu kan kejuruteraan
tapi pendidikan pula yang Allah kasi.
Kau hendakkan kereta myvi
tapi Ferrari pula yang Allah bagi. Eh.
Mungkin kerana kita fikir
kita sudah merancang dan melaksanakan baik baik buat kita lupa sebenarnya ada
yang Di Atas sedang merancang dan perhati. Malah sedang menentukan yang lebih
baik utk kita di bumi.
Untuk siapa, impian/perancangan kau
tu?
Dalam kehidupan kita sehari
hari, ada perkara yang sangat kita inginkan, dan kita usaha dan usaha dan usaha
utk realisasikan,
tanpa kita tanya pada diri
kita "Adakah ini yang Allah redha?" atau tanya pada Dia "Adakah
ini yang Kau suka?"
Dari kita lahir hingga kini,
semuanya tentang diri kita. Ya semuanya tentang 'ingin' kita, impian kita,
usaha kita, baiknya kita.. Kalau tangkap gambar ramai ramai pun, pasti muka
kita yang dicari dan ditatap dulu.
Ah jangan malu untuk mengaku,
kita sama sama saja.
Jika bukan tentang diri kita,
jika ada yg tidak setuju dengan statement "You're only full of
yourself". Maka mungkin boleh jadi.. banyak perkara kita buat utk ibu dan
abah, atau guru dan sekolah, mungkin hidup kita lebih kepada lain lain orang
yang datang dalam hidup kita.
Sampai kita lupa, patut kerana
Allah kita hidup dan patut kepada Allah kita kembali.
Apa pun yang kita buat dari
sekecil ke sebesar perkara, Biarlah ia kerana mentaati Dia. Maka ia tidak jadi
sia sia. Jika hanya utk diri atau manusia di tepi tepi, bukan tidak boleh, cuma
"kenapa tidak mahu pilih Allah jadi yang Utama?
Usaha memang perlu
Hari hari kau pasang impian,
cita cita utk kau capai pada hari itu.
"Hari ini mesti belajar
dua topik, siap sekali dengan mindmap dan nota comel comel"
Dan kemudian pada malam hari
itu, kau tersedar tiada satu pun yang dilaksana, 'habuk pun tadakk' . Erk.
Banyak perkara yang kita citakan, tapi usaha tidaklah sebesar mana. Sedangkan cita besar usaha juga pasti besar. Tapi kini cita-cita yang kecil pun kau tidak mampu usahakan, bagaimana kau begitu berani berimpian besar?
Bila bercerita tentang ikhtiar dan usaha, ia hakikatnya satu kewajipan yang wajib kau buat apabila kau punya mimpi yang kau ingin gapai. Ya, wajib.
Ramai orang mahu kaya, mahu berjaya. Kita asyik asyik membayangkan pengakhiran yang baik baik saja tapi lupa malah tidak rela hadapi pertengahan perjalanan yang sukar dan bergelora. Aiwah.
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.."
Ar-Ra'd : 11
Apa yang lebih baik itu?
Dalam kita berusaha memang akan ada susahnya, dan boleh jadi juga dalam kesusahan yang diberi itu ibarat signboard yang menunjukkan arah jalan lain yang perlu kita lalu. Boleh buat kita ragu dengan keputusan kita pada awalnya. Pernah alami nya?
"Eh betul kah jalan yang aku ambil ini?"
"Apa yang Allah cuba beritahu ni?"
Dalam perjalanan menuju cita kamu, bisa jadi ragu ragu menggangu.
Terus saja jalan, kawan. Sebab boleh jadi kita ambil berbagai belok, tapi yang penting destinasi kita tak berubah. Tak kisah jalan apa pun yang kita ambil, bidang apa pun, kerja apa pun, tempat apa pun yang kita singgah.. apa yang lebih penting, kita perlu ingat tentang destinasi kita.
Sebab kehidupan kita ini pun banyak jenis selekohnya. Tidak salah untuk masuk bermacam selekoh jika kita yakin akan ada tamat bagi jalan (kehidupan) yang pendek ini.
Kita selalu fikir pilihan kita itu terbaik. Contoh kau nak beli bunga.. Dan kau harap orang yang menerimanya akan suka dengan bunga ros merah yang kau pilih. Tapi rupanya dalam perjalanan kau mahu beli bunga itu, ada orang beritahu dia yang bakal menerima bunga dari kau, suka akan ros biru rupanya.
Jadi apa yang kau perlu beli dan beri sekarang ini?
Dan adalah lebih baik kau beli ros biru. Ya, kau terpaksa ubah keputusan/pilihan kau dari ros merah kepada ros biru. Kenapa?
Sebab what's matter now is bunga yang akan buat orang yang menerima itu lebih suka.
Itulah akhir jalan ceritanya.
Tak kisahlah bunga ros merah ke biru ke kuning ke hijau tahi lembu ke.. Eh.
Yang penting adalah bahagia orang yang menerima.
Begitu juga kita, kadang kadang kita fikir pilihan kita itu yang terbaik, tapi ada yang lebih baik yang Allah mahu kita pilih rupanya. Yang Allah lebih redha. Itulah akhir jalan hidup kita. Tuhan kita. Dari Dia datang, dan kepada Dia kita akan pulang.
Memang lah kita perlu 'consider' tentang passion kita, kelebihan kita, keupayaan kita.. Tapi kalau kita benar-benar kenal diri kita seperti mana yang Allah cipta, kita akan nampak kebaikan dalam setiap pilihan yang berdasarkan petunjuk Dia.
Memang lah kita perlu 'consider' tentang passion kita, kelebihan kita, keupayaan kita.. Tapi kalau kita benar-benar kenal diri kita seperti mana yang Allah cipta, kita akan nampak kebaikan dalam setiap pilihan yang berdasarkan petunjuk Dia.
Sebab boleh jadi kawan, pada waktu kita memilih sesuatu dalam kehidupan kita macam sekolah, diploma, degree,atau kerjaya atau pasangan atau kawan.. adalah waktu kita masih terpinga-pinga tentang diri kita. Tentang identiti kita. Tentang apa yang sesuai dengan kita.
Kerana itu, creating yourself is a life-long process. Dan setiap pilihan kita akan tentukan perjalanan yang bagaimana yang kita atur. Kita merancang, Allah akan izinkan perancangan itu. Dalam masa yang sama, Allah juga merancang, dan jika Dia tahu perancangan kamu hanya akan membawa kebinasaan pada kamu, kerana itu Dia laksanakan perancangan Dia agar kamu dalam keadaan lebih baik lagi.
P.s Jadi bila rasa gusar atau sempit dalam kehidupan kita ini, pandanglah langit. Kerana keluasan ia pun tidak dapat tandingi keluasan rahmat Allah buat semua yang hidup di bumi.




Comments
Post a Comment