Jarum itu berdetik laju
Life as a medical student not as suck as you think. True. Aku tidak memilih perubatan dari awal hidup aku pun seperti ramai orang apabila ditanya ; Kenapa nak jadi duktur? Jawab mereka akan berbunyi seperti ;
"Memang cita-cita kita sejak kecil la"
"I've wanted to become a doctor since I was small."
"Memang dari dalam perut ibu saya lagi, saya dah bercita nak jadi doktor!"
Okay. Fine.
Tapi cita-cita itu mula dari zaman Asasi Sains di UiTM Puncak Alam. Ketika mana hampir semua budak asasi zaman itu dan zaman lain-lain juga (aku rasa) akan pasang cita nak ambil bidang perubatan. Gaya macam hot stuff sangat bidang itu waktu mula mula masuk asasi.
Dipendekkan cerita, lalu aku benar-benar sedang melalui jalan ini.
Setiap apa yang kita ambil, buat, atau putuskan pastikan ada tujuan. Aku mula fikir-fikir kenapa aku mahu ambil bidang ini. Kenapa hanisbiha? *Pandang cermin.
"Sebab aku nak buat baik dengan orang?" Klise.
Cakap dengan muka bersinar ; "Sebab ia satu pekerjaan yang mulia" Pergh.
Maka aku pilih 'ini' (bawah) sebagai tujuan aku ;
"Supaya setiap masa
yang aku guna di dunia ini untuk beri manfaat kepada umat menjadikan Allah
redha setiap detik itu. Agar bila Allah tanya aku pada Hisab nanti, apa yang
aku dah buat dengan masa aku di dunia, aku bisa jawab ; Aku gunakan masa aku
untuk berbakti kepada mahkhlukMu. Terimalah amal aku. Kau sungguh saksi yang
terbaik sekali"
Senyum. Lap air hidung,
Ah tetapi kini aku sedar
aku seorang yang pemalas dan tak pandai urus masa. Bukan kerana terlalu sibuk.
Tetapi kerana lapangnya ia buat aku culas dalam memanfaatkannya.
Aku terima satu mesej
tentang apa itu masa yang berkat.
Masa yang berkat itu
apabila kau mampu lakukan/selesaikan banyak perkara dalam masa yang
singkat.
Kerana aku tahu menjadi
pelajar perubatan itu punya masa yang singkat, jika aku bijak, aku bisa jadikan
setiap waktu itu berkat.
Tapi aku ini dalam
kategori bodoh (bahasa sopan : jahil) rupanya.
Semester satu ini banyak
lapangnya dari sempit. Buat aku bermalas-malasan.
Sedangkan jika benar aku
kata aku mahu jadi bermanfaat, banyak kerja aku kena buat. Tanggungjawab kita
melebih masa yang kita ada, kata Imam hasan albana.
Tetapi sepertinya aku
tak buat tanggungjawab itu.
Allahu. Ketika melihat
lain orang pulun memahami tentang pelajaran mereka, aku pula menjadi yang
sebaliknya. Dan sekarang aku menulis lagi supaya aku tidak lupa tentang amanah
aku. Amanah yang aku setuju untuk angkat dan bawa sepanjang hidup di dunia.
Kerana masa itu amanah
Betapa banyaknya amanah seorang manusia. Betapa besarnya amanah seorang hamba. Betapa beratnya amanah seorang khalifah dunia. Jika benar kata kau mahu jadi ketiga-tiganya, kau perlu ambil berat tentang masa.
Generasi terdahulu begitu berhati hati supaya hari itu ataupun sebahagian, ataupun beberapa ketika daripadanya tidak berlalu tanpa menggunakan ia bagi menambah ilmu. Mereka juga memastikan hari itu tidak berlalu tanpa beramal soleh ataupun usaha yang menguntungkan diri sendiri, serta dapat memberi manfaat kepada yang lain. Ini supaya uisa tidak menjadi sia-sia dan hilang bagai debu dan berlalu sebagai sesuatu yang tidak berharga tanpa mereka sedar.
Petikan dari Masa dalam Kehidupan, Yusuf al Qardhawi. Ms 22
Kerana ia amanah. Dan bagaimana nak tunaikan ia sebaiknya? Dengan memenuhi fitrah. Fitrah manusia itu suka pada kebaikan. Penuhi masa dengan kebaikan yang menguntungkan. Untuk diri juga untuk umat. Tambahkan ilmu itu menguntungkan. Berukhuwah itu menguntungkan. Beribadah malam itu menguntungkan. Tilawah dan tadabbur itu menguntungkan.
Apa apa yang menguntungkan di sisi Tuhan itu sungguh beri kehidupan. Jika kau menolak ia ibarat kau memilih kematian. Pilihlah hidup yang menghidupkan. Bukan hidup yang mematikan.
Rancanglah. Itu bukan cara orang skema.
Aku bertanya kepada sahabat baik yang paling baik, Khaulah Norazam namanya tentang bagaimana urus masa? Lalu katanya ;
"Bila bertemu Allah, kita akan ditanya "Apa yang kau dah buat dengan masa mudamu?"
Jagalah al-Quran. Dengan al-Quran, ia bawa ketenangan. Masakan tidak, ia kalam Tuhan.
Wajibkan diri dengan beberapa jenis ibadah. Contohnya ; Baca 1 juz 1 hari walaupun hari itu peperiksaan. Solat dhuha hari-hari. Qiyamullail.
Jaga berkat masa. Kerana jika ia tidak berkat kerana tak terisi dengan perkara manfaat, ia akan buat kita lebih susah untuk uruskan perkara dunia. Dan sebelum belajar tu, bacalah al-Quran dulu."
Dari situ, aku tahu. Jika aku mahu kedua-duanya (dunia akhirat) maka aku harus rancang masa. Siapkan senarai kewajib/pan dan yang harus dibuat awal.
Utamakan yang perlu diutamakan. Dan yang kurang penting jadikan kemudian.
Dan dalam kau rancang rancang, disipinlah dalam melaksanakan. Biiznillah.
Buang masa itu satu kemurkaan
Aku perlu juga mengaku di sini bahawa scroll newsfeed dan insta-stalking adalah kegiatan yang sebenar-benarnya membuang masa dan tenaga. Dan juga ibarat mengundang pembaziran akal yang telah Allah kurnia. Mengapakah? Kerana akal itu perlukan latihan. Perlukan lebih lagi pengetahuan. Dan masa yang ada perlu digunakan untuk mantapkan lagi pemikiran. Begitu juga utuhkan hati dengan tazkiyah agar tambah keimanan.
Jika diguna untuk perkara yang tidak bawa kebaikan, untuk melayan perasaan, hanya kesia siaan, apa yang kau mahu jawab dengan Tuhan? Ketika dihisab buku amalan?
Tapi jika anda menetapkan masa masa tertentu yang tidak terlalu lama, untuk update perkara penting atau menjaga hubungan (persahabatan/persaudaraan) di segala jenis laman sosial itu tidak salah dan sangat digalakkan. Juga bisa digunakan untuk dakwah, tetapi dengan berpada padalah. Bukan saya menolak 200% cumanya nak kata jangan menjadi tangan yang pegang pisau untuk membunuh.
Senyum.
Akhir : Kerana jarum itu berdetik laju
Aku menulis kali ini kerana aku tahu jika aku tidak mampu untuk belajar waktu ini, sekurangnya aku bisa menulis sesuatu untuk peringatan aku. Sungguh segala perkataan di entri ini, ditujukan untuk aku, ya untuk diri sendiri. Dan jika ia mampu menjetik hati manusia lain, moga Allah kira ia sebagai amal baik.
Pada masa melihatnya (hari kiamat) seolah-olah mereka tidak tingal di dunia melainkan sekadar satu petang dan paginya sahaja
An-Nazi'at : 46
Jika kau rasa melalui sesuatu perkara itu sangat lama. Sangat tidak sabar menunggu berakhirnya ia. Seperti lima tahun belajar perubatan. Atau menanti bas yang tak kunjug tiba. Atau menunggu siapnya tempahan makanan.
Sungguh, dunia ini juga suatu penantian. Tetapi tidak ramai yang tidak sabar menunggu pengakhiran ia. Senyum.
P.s Allahu faghfirli, Ampuni aku kerana berkata perkara yang aku sendiri tak mampu tunaikan. Tetapi jangan biar aku terus dalam ketidakmampuan itu melainkan bangkit menjadi hamba yang qawiy (kuat) dalam buktikan setiap kata itu.
P.ss Faghfirli. Faghfirli.


Comments
Post a Comment