Nikmatnya jalan ini !






"Bidang perubatan keseluruhannya adalah perubatan Islam. Dari segi perubatan alternatif mahupun perubatan moden itu adalah bagaimana Islam mengajar umatnya untuk menaik taraf kehidupan manusia khususnya dalam bidang perubatan." kata Dr Har.

"Alangkah bagusnya jika hospital itu dijadikan medan tarbiyah. Bagaimana medan tarbiyah ini? Setiap warga hospital ; doktor, jururawat, staf semuanya berakhlaq baik menjadikan setiap pesakit itu selesa untuk tinggal di hospital. Jika hospital hari ini dijadikan sebagai hospital tarbawi yang punya nilai islamnya, maka akan ramailah yang mahu tingal lama di situ. Hal ini menunjukkan betapa indahnya biah (suasana) yang wujud di sesebuah pusat rawatan itu." Ucap Dr Abdul Latif.

Aku mendengar tekun.
Ya sangat tekun.

Kagum terselit pada hatiku.
Aku menyelak buku program di tangan, dan ketahuilah bahawa kedua-dua orang hebat ini merupakan guru (pensyarah) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mindaku menerawang.
"Apa patut aku teruskan dalam bidang ini? Ah, medik ini terlalu ramai yang rebutkan."
"Mampu kah aku?"

Jawab suara dari hati aku ;
"Ya, kau pasti mampu. Allah sudah mudahkan kau ke sini. Mendengar bait-bait inspirasi dari tokoh hebat hebat. Thiqahlah (Yakinlah) dengan Allah. Dia akan tunjukkan yang terbaik."

Bertanya lagi satu suara pada mindaku ;

"Tapi di mana yang terbaik? Ke mana harus aku pergi?"

Jawab suara yang lain ;

"UKM. Jadi pelajar mereka."

Tamat.

Ah itu titik tolak aku mula bercita ke UKM. Minda dan hati bersoal jawab mencari pilihan yang terbaik yang boleh aku dapat untuk menjadi cik duktur.

Hidup ini pernuh dengan kejutan. Ya, masakan tidak. Ketika kau merancang lain, lain pula hasilnya. Ketika kau menyangka begitu, begini pula jadinya.

Aku pernah mengalami kegagalan. Tapi bukan kegagalan yang besar sangat pun. Tiga kali gagal ujian parking JPJ sahaja. Malah 10A 1B keputusan SPM hanya. Itu sedikit cuma.

Kerana pasti ada manusia lain yang lebih 'kurang bernasib baik' dari aku. Ya aku sedar itu.
Jadi aku beranikan diri.

Beranikan diri untuk bercita cita tinggi. Ya, dan hari ini syukur hanya pada Ilahi.
Kerana ia ter-realisasi.

Aku masih lagi di permulaan. Ya masih terlalu muda.
Tapi, perjalanan yang beribu batu jauh itu juga bermula dengan langkah pertama yang kecil.

Aku yang kerdil sedang melalui satu jalan yang panjang,
Kiri kanan aku pandang,

Tangan yang dihulur aku pegang,
Aku tahu aku bukan seorang,


Foto Kem PPD (Professional and Personal Development) di Tanjung Rhu, Sepang.


Mereka yang selalu ada. Berjalan sama. Moga Allah jaga.
Aku, Nadwin, Nabilah dan Athirah.

Bismillah. Perjalanan ini baru bermula. Tajdid (perbaharui) niat. Aku tahu aku harus mula bersungguh dalam pelajaran aku. Mungkin sebelum ini aku lebih suka dengan 'lambat lambat kerja' dan sibukkan diri dengan perkara lain lain. Tapi kali ini, aku harus ubah cara.

....

Masih banyak kata kata yang belum diamalkan,
Masih jauh ikhlas untuk digapai,
Kerana itu, sampai saat ini kau masih bernafas,

Hari hari baru yang mendatang itu adalah peluang,
Perbetulkan salah di zaman belakang,
Jika benar kau gelar diri kau pejuang,
Bangkitlah. Angkat pedang.

--Hanisbiha, 14/9/2014

Sebelum itu, aku mahu cerita. Tentang UKM.

(i)

Banyak benar menarinya. Tiap hari dalam minggu orientasi itu pasti ada tarian baru yang belajar. Gelak kecil. Sungguh aku cakap benar, aku suka menari. Ketika umur aku enam tahun, aku sudah mula menari. Hari itu adalah hari konvensyen tadika aku. 

"Jangan main main jah. Budak enam tahun pun ada konvo tahu Siap persembahan tarian lagi."

Dan mungkin itu juga sebab aku lebih suka silat seni berbanding silat olahraga. Aku pernah bertanding di peringkat negeri dalam Silat Seni Tempur dan juga Silat Ganda.

Bersama rakan 'sepergaduhan' aku, kononnya. Aishah Suran namanya. Sekarang dia juga menuntut dalam bidang yang sama dengan aku. Perubatan. Cuma dia di USIM. Aku di UKM.

(ii)

Protokol di sana memang terbaik lah. Buat aku terimbau zaman sekolah aku. Jadi teringat aku pada Azlin Amrun, Penolong Ketua Biro Protokol di SAM Bestari dulu. Aku dan dia selalu kena tegur selalu kena marah, kerana perhimpuna atau apa apa majlis tidak ikut garis protokol yang sepatutnya. Ehe. Memori silam itu ada indahnya bila dikenang kan.



Majlis di Dewan Tunku Abdul Razak (DECTAR) bagu menyambut mahasiswa/i tahun 1 semua fakulti.

(iii)

Semangat assabiyah nya sangat dassat di sini. Kolej ini bersaing dengan kolej itu. Ada perang lagi. Perang lawan sorak. Namanya PERANG DECTAR. Tapi, jika di luar perang, masih kawan kawan.
Boleh aku kata itu satu pengalaman yang menarik. Kerana ia adalah antara perkara sia sia yang menyeronokkan untuk aku sertai. Eh.

(iv)

Pensyarah di sini mahu mereka dirai. Ia bermaksud 'bergaullah dengan mereka'. Bukan hanya jalan tunduk tunduk sebagai tanda hormat. Tapi ajak mereka berbual. Lembutkan lidah untuk memberi salam dan bertanya apa apa. Mereka ibarat ibu bapa. Juga guru kita,  Bukan hanya individu yang kita jumpa dalam dewan dan kelas, kemudian menjadi asing semula apabila kelas tamat.

Senyum.
Hembus nafas,

Ah, cukup sampai sini mungkin.
Aku berhenti seketika di sini.

Mood terkini : Mencari dan mengumpul semangat untuk belajar.

Senior dan pensayarah kata, boleh jadi lima tahun itu bertambah kepada enam atau tujuh,
kerana mungkin akan ada titik gagal di mana mana buat kita terpaksa mengulang semula dan tambah tahun.

Oleh itu, aku tidak mahu tertumpu di situ. Aku cuma mahu belajar saja dulu. 
Ah, menuntut ilmu salah satu jalan ke syurga.

Jadi, ayuh bayangkan penghujung yang baik dalam perjalanan panjang ini.
Dan nikmati setiap momen sepanjang jalan yang sedang kita ambil kini,

BISMILLAH.

Senyum lagi.
Wassalam.


Bersama roommate, Aishah.
Pakaian rasmi majlis kemuncak minggu mesra mahasiswa











Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling