Pour the tea.

Assalamualaikum..
Jadi malam ini, aku akan mulakan dengan ayat klise ;

"Dah lama tak menulis kat blog nih. Berhabuk dah."

Ehem.

Kay, cukup dengan lawak hambar tu, I'll just go straight, I don't know what is going on in me. Malasnya ya Allah ! Allah saja yang tahu, tahu?

So tonight, I'll be pouring out what is in my heart in this entry. Can I?

Ah, menjadi seorang yang pernah berada dalam kalangan orang yang baik baik, bertegur sapa dengan kawan kawan yang solehah begitu, buat aku jadi macam bersalah bila mula sorang sorang. Yeay, I do feel guilty, ya know?

Ya rasa bersalah bila duduk di rumah, buat kerja rumah yang rasa macam nak buat, baca buku yang rasa macam boleh buat kau rasa mengantuk dan tidur. Tapi perasaan bersalah itu tak akan bawa ke mana pun, kalau kau masih duduk lagi.

Dah kenapa macam tu ?

Bayangkan situasi ini...

Siti menaip mesej "Kenapa lah susah sangat nak jadi lagi baik ni? Nak berubah kerana Allah tu susah kan?"

Jah balas laju, "Memang susah la kawan. Lumrah pun untuk manusia itu jatuh. Jatuh beberapa kali, luka situ, cedera sini. Memang hidup ini banyak lubang dan batunya.

Untuk jatuh itu tidak apa apa. Cuma pastikan kau bangun tiap kali jatuhan itu. Bangun lebih tingi. Ya bangkit lagi tinggi, No matter how many times you fall, just make sure you get up. Stronger and higher."

Senyum.

Ah, cakap/tulis memang senang. Cuba buat sikit?

Aku terkadang lupa. Lupa lagi. Lupa aku pernah cakap benda benda kat atas (situasi) itu.

Pernah dengar kisah Adam a.s ? Bagaimana beliau boleh tergoda dengan syaitan sehingga lupa lah beliau juga Hawa tentang larangan Allah supaya jauhi buah khuldi?

Dalam Taha : 115

"Dan sungguh telah Kami pesankan kepada Adam dahulu, tetapi dia lupa, dan Kami tidak dapati kemahuan yang kuat padanya."

'Lupa; memang sudah ada pada moyang kita, Nabi Adam. Tapi, aku juga manusia lain selalu lah nak menjadikan ia sebagai alasan agar boleh buang rasa bersalah untuk menjadi orang yang selalu melupakan.

Ya, mungkin terasa tidak mengapa lah untuk lupa sekali sekala. Tidak sedar, sekali sekala boleh bawa kepada selamanya.

Mengapa aku juga manusia lain, tidak menjadikan ayat ini sebagai pengajaran?

Bahawa sifat lupa itu terjadi kerana tidak punya keazaman yang kuat untuk ingat.

Senyum. Pandang kanan.

Ya azam tak berapa nak kuat, itu sebab lah tak ingat !

Tak ingat kita pernah cakap kita sayang Allah.
Tak ingat kita pernah laung selawat kuat kuat bukti cinta rasulullah.

Tak ingat pernah janji dengan mak ayah nak jadi anak soleh solehah.
Tak ingat ikrar pada masa nak isi ia dengan perkara yg ada faedah.

Tak ingat tiap kali tahun baru, doa nak hijrah.
Tak ingat bila bila masa saja Izrail boleh berdiri di sebelah.

Waktu itu kau tak boleh kata lagi,
"Bagi lah aku satu hari lagi, boleh lah boleh lah..."

Jumaat itu harinya besok. Moga ia lebih baik dari jumaat yang lepas. Aku tak tahu macam mana aku boleh sampai ke baris ini. Mula mula tiadalah idea pun dalam kepala. Hembus nafas.

Kuatkan azam hanisbiha. Allah selalu tungguh hambaNya kembali kepada Dia.
Baliklah before it's getting too late.

So I'll stop here.
Wishing to write more.
Wassalam. Smile.










Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling