Ya Allah, aku lulus tak?
Saban tahun, bergelar pelajar pasti kita dimomokkan dengan 'A' lurus, empat rata (baca: 4.0) dan apa apa lindikator yang boleh menunjukkan kita sudah berjaya.
Berjaya peroleh keputusan cemerlang atas kertas yang menjadi harapan kebanyakan ibu bapa, guru, pensyarah, malah kita sebagai pelajar sendiri.
Betapa. Betapa kita ingin menjadi terbaik, malah nama kita terukir di tempat teratas dalam senarai. Wahai.
Hal ini buat kita bersungguh. Sungguh sungguh benar untuk mendapat kejayaan yang orang kebanyakan idamkan.
Suka saya perhati gelagat rakan sekeliling ;
"Eh hang dah blajaq ka?"
"Ah, mana da. Aku main game ja semalam"
"Ah, mana da. Aku main game ja semalam"
Sedangkan hakikatnya, tiga minit 'main game' dan tiga jam belajar menghadap buku menghadam perkataan. Eh.
"Waa, banyak lagi aku tak blaja ni."
"Eh rileks la ada masa lagi"
"Eh rileks la ada masa lagi"
Sedangkan hakikatnya dia sudah baca 'lima kali round' nota, buku teks, kamus segala bagai.
Senyum.
Bukan berbentuk tidak puas hati asal penulisan ini, cuma terkadang tujuan sebenar kita tuntut ilmu jadi berubah gara gara markah. Dan tujuan yang tidak tetap itu pun buat perilaku kita seperti jeli.
Ada orang tanya saya ;
"Macam mana nak belajar kerana Allah?"
"Oh, kena lah fahamkan dulu hidup kerana Allah"
"Owh.." krik krik
Ehe.
Mungkin waktu itu saya pun tak faham sangat pun apa itu belajar kerana Allah. Ia lah apa apa yang kita kata kerana Allah itu maksudnya ikhlas kan?
Sedangkan ikhlas itu kita tidak mampu lihat, bagaimana mampu beri makna nya dengan tepat?
*kalau tak tepat, hampir hampir pun ok lah hanisbiha. Pftt.
Kerana Dia
Tapi bila difikir balik, salah kah kalau kata saya "Macam mana nak belajar kerana Allah kalau tujuan hidup kita pun salah?"
Betulkan semula tujuan hidup kita. Kemudian niat belajar kita. Sering kali sebut "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku, hanyalah kerana Allah"
Jangan hanya utuh di lidah melafazkan tapi tidak kukuh menggenggam hati.
Bila benar arah yang kita tuju (kepada Allah), apa apa pun yang kita buat tidak lain hanya lah kerana taat pada Dia. Hanya kerana taat.
Kita akan ;
Belajar kerana Allah.
Sebab Allah suka hamba Dia tuntut ilmu.
"Barangsiapa yang melalui satu jalan untuk tuntut ilmu, maka akan Allah akan mudahkan jalannya ke syurga"
Mudah jalannya untuk berjumpa dengan Sang Pencipta, yang setia menanti hambaNya yang dicinta.
Dan
Sungguh sungguh kerana Allah
Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang daripada kamu yang melakukan kerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
(Riwayat Abu Daud)
Ikhtiar yang diusaha seiring dengan keyakinan yang utuh pada Dia Pengurnia Rezeki.
Agar Allah redha usaha kita. Agar Allah lebih sayang kita.
Berjaya atau tidak bukan kerja kita untuk kita sibukkan. Jangan kacau kerja Tuhan, sedangkan kerja hamba pun masih kita abaikan.
Bagaimana pula sebab nak mak ayah gembira?
Tidak salah meletakkan ibu bapa sebab kita nak cemerlang, tapi biar betul caranya.
Jangan jadikan mak ayah sebab utama.
Fikir macam ni; Aku nak allah sayang aku lebih lagi. Jadi aku mesti bahagiakan mak ayah aku.
"Redha Allah terletak pada redha ibu bapa"
Bukan pula redha ibu bapa terletak pada redha Allah.
Allah bukan kedua. Tidak patut pula jadi ketiga.
Sebab ; Dan pada hari seseorang akan lari dari saudara nya, ibunya dan bapanya, isteri dan anak anaknya. Kerana setiap orang pada hari itu akan ada urusan yang cukup menjadikan dirinya sibuk dengan hal diri sendiri.
Abasa : 34-37
Bukan ibu bapa lagi yang jadi keutamaan kita di akhirat nanti. Bukan sesiapa. Hanya antara kita dengan Sang Pemilik segala.
Semua dalam semua (all in all), selamat belajar walau di mana pun anda ; ipta, ipts, sekolah menengah, sekolah rendah hatta tadika.
*Respek gila budak enam tahun baca benda cam ni. Hee.
Allah, aku lulus tak?
"Agaknya boleh dapat A tak exam kali ni?" Tanya Hana dalam hati.
"Hm, kalau tengok usaha ok lah juga. A- pun jadi lah"
Hari keputusan keluar.
Ditatap slip. C!
"Eh kenapa macam ni? Usaha dah. Doa pun dah."
Apa yang buat kita yakin, keputusan itu di tangan kita? Sedang bukan kita yang punya kuasa menentukan.
Kerana keterbatasan kita pada masa hadapan, menjadikan kita hamba yang perlu selalu bersangka baik dengan Tuhan.
Buruk pada persepsi kita, tidak bermakna tidak baik di sisi Dia. Baik di mata kita, boleh jadi buruk pada pandangan Dia.
Al-Baqarah : 216
Kita harap cemerlang peperiksaan. Minta minta pada Allah. Lupa kah kita dunia ini ujian? Lupakah kita dunia inu juga sebentuk ujian?
Tidak takutkah kita menjadi seperti kisah di atas ;
Kita beramal. Kita taubat. Kita baca quran. Kita hafaz tiga qul. Kita rajin pergi talk nouman ali khan. Kita sedekah. Kita tolong cikgu. Kita tolong makcik kantin.
Dan bila tiba hari keputusan, tiada rekod dalam buku amal kita. Tiada.
Luluhnya saat itu. Bukan kerana neraka menjadi rumah kita. Tetapi kerana neraka itu tempat buat hamba yang Allah tak mahu pandang kerana murka. Sedihnya Allah tak nak lindung kita dah.
Maka jadilah kita hamba yang gagal di pandangan Allah. Gagal di mata semua makhluk yang pernah hidup di bumi.
Cuma sekali ; tanya lah pada Allah.
"Ya Allah, aku lulus tak?"

Comments
Post a Comment