Saya praktis praktis ja..
Ehem.
Menulis ni sebenarnya bukanlah passion aku sangat pun.
Eh.
Kalau benarlah passion, hari hari aku hapdett blog ini kut.
But I can say it is a gift yang Allah bagi sekejap kat dunia ni.
Lepas itu, Dia nak tanya "Apa kau dah buat dengan apa yang Aku bagi kat dunia dulu?"
Gulp. Telan liur, kahak, enzim yang ada di anak tekak.
Kerana itu, aku teruskan menulis. Menulis suatu yang boleh buat manusia kembali ke Tuhan dia.
Kenapa aku cakap ia adalah hadiah? Sebab orang kat tepi tepi aku kata diaorang suka baca apa yang aku tulis. Di muka buku la terutamanya.
Aku tak punya terlalu banyak kelebihan pun, jadi mungkin dengan menulis ni, boleh lah aku jawab sesuatu dengan Allah di hisab nanti. Senyum.
Kau pula?
Apa kelebihan kau?
Dah pakai untuk beri manfaat ke umat?
Kalau belum, jom.
*Hulur tangan.
Sila sambut sebelum saya tarik balik.


Comments
Post a Comment