Beratnya bahu saya. Erk

Uncle Ben said ;
Great power comes with great responsibility.

-----------------------------------

Notification di facebook aku buka.
"Nisa tagged you in a status"

Aku tekan pada link itu.

Terpampang iklan "Jom menulis! Kami sedang mencari penulis yang mampu hasilkan karya luar kotak yada yada. Sila hantar karya anda ke sekian"

Diam.

Aku skrol newsfeed.

Tutup facebook.

Esok harinya, seorang rakan facebook share link yang sama. Aku baca. Skrol newsfeed. Like status yang aku fikir menarik. Dan tutup.

Dua hari selepas itu, rakan facebook lain kongsi perkara sama. Aku tersedar di ruang notifikasi ada rakan lain 'mention' namaku di ruang komen.

Bisu.

Kisah di atas gayanya seperti hambar. Tapi bagi saya yang menulis, ia bukan picisan. Terserah kepada tiap manusia yang punya akal dan hati beri penilaian.



Dari kisah atas tadi, minda ini berjalan.

*Eh macam mana minda berjalan?

Mengeluarkan dialog ini ;

"Mengapa bisu? Mengapa diam tiada respon sedangkan ada jalan untuk kau, hanisbiha menggunakan apa yang kau fikir kau mampu untuk islam.

Untuk seru. Dengan qalam."

Segala macam peluang sergah saya dari depan, ah kenapa susah untuk menangkapnya dengan rela dan sungguh sungguh?

Mungkin kerana saya takut. Senyum. Sinis.

Ya, saya sudah terbiasa lari. Lari dari kenyataan. Tapi tanggungjawab itu selalu membelenggu.

Berlanjutan sejak zaman sekolah dulu.

Hakikatnya saya gerun dengan komitmen. Ya komitmen. Lawak?
Silakan gelak.

Kerana saya takut jika saya tidak cukup qawiyy (kuat) dan amin (amanah) dalam laksana komitmen ini.

Takut untuk menjadi orang yang diletakkan harapan ke atasnya.

Dengan menjadi penulis rasmi mahupun separa rasmi, menghantar artikel rasmi kepada mana mana majalah rasmi itu satu komitmen yang besar.

Terkadang minda akan mula bertanya;

"Boleh komited ke?"

"Akan suka kah orang dengan karya aku?"

Terkadang hati akan mula berkata ;

"Pasti ada orang yang lebih baik"

"Karya aku dan dia akan dibandingkan. Aku tidak suka dibanding banding kan"

Senyap.

Senyum.

Tapi hakikatnya, aku terlalu mengharap sebatanh pohon bisa tumbuh subur selepas sehari ditanam benihnya.

Sedangkan aku lupa tentang tempoh yang lama diperlukan untuk mematangkan sebuah penulisan.

Jika sebiji benih itu tidak melawan padatnya tanah, mana kan dia dapat teguk air. Jika tidak melawan graviti mana kan dapat menegak tangkap cahaya matahari.

Jika seorang penulis tidak menyahut cabaran penulisan dari arah mana pun, masakan dia punya pengalaman membentuk tulisan dia? Jika dia tidak bertanding dengan individu lain dalam bidangnya, masakan dia tahu mana titik lemahnya?

Stop being weak.
Start strengthen muscles,
Lift your head up.
And face the sunshine,
Let it burn your spirit.

P.s Selamat hadapi exam hanisbiha :)



Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling