Cakap cakap cakaplah !

"Hanisbiha, tanya ja. Kalau kau tak tanya sekarang, nak jawab apa dengan Allah nanti?

Dia akan respon baik. Tade melenting nya sampai tak mahu kawan.

Spill it out ! Come on. Ya Allah susah nya nak cakap nih."

Argh.

"Sekarang pukul berapa ya?" Aku mula bicara.

"Hm 6.25"

"Oh ok.. Awak dah solat asar?"

"Belum lagi"

"Okay kita keluar dulu. Nak mandi."

Lega. Beberapa minit kemudian,

"Allahu akbar"

Mungkin bila orang baca akan terfikir;

Hek eleh. Benda simple ja kut. Memang normal apa tanya dah mandi ke belum, dah solat ke belum, iron baju dah?

Allahu, berdepan dengan lain orang, lain rasanya hati ini.

Kerana segelintir manusia punya sifat yang agak keanak anakan buat kita mudah untuk dakwahkan.

Tapi ada juga yang punya sifat kepimpinan buat kita perlu pilih cara terbaik agar tidak tercalar keegoan si mad'u.

I admit it. I have my own ego. As I was head girl back in 2012. So I know how it feel when someone tell you something that you SHOULD realize it by yourself.

Teringat kata kata mak ;

"Mak akan buat kerja mak baik baik biar sampai tiada orang perlu bagitahu lagi apa yang patut dibuat dan apa yang belum dibuat. Lebih baik lagi kita buat kerja siap siap sebelum kena tegur."

Get my point?

Dalam menyeru, ada banyak cara. Dan kita, yang ada beban di bahu untuk menyeru harus pilih cara yang paling hikmah (bijaksana) kerana si mad'u punya variasi karakter.

1) Belajar perhati alam.

Kerana dari situ, kau akan lebih dekat dengan pencipta alam. Kita nak seru orang kenal Allah, masakan kita sendiri belum cukup kenal allah. Harus seiring lah.

2) Belajar menilai orang.

Bukan untuk menghina atau merendahkan, melainkan untuk ambil pelajaran, serta nasihat nasihatkan.
Dengan cara kita ambil tahu apa dia suka dan tidak suka.

3) Belajar juga membaca situasi.

Hal ini kerana situasi sewaktu itu beri kesan kepada apa yang cuba kita sampaikan. Cuba lihat sendiri, di program motivasi penceramah pasang lagu sedih, cerita tentang ibu bapa. Di situ dia manipulasi suasana nya.

Jika kita sedar tanggungjawab kita, laksanakan lah.

Kesedaran kini sudah berleluasa, cuma pelaksanaannya tiadalah nampak geraknya.

Jadi, jom sama sama?

Min haza fadhli rabbi.

Senyum.

Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling