Konvensyen Fiqh Medic Siri 2

Peace be upon to you

Pengarah konvensyen ini ada kata "Ini adalah konvensyen pertama yang hampir semua pesertanya adalah dalam kalangan doktor atau boleh kata pelajar perubatan"

I wondered "This is awesome". Tapi ada juga saya kenal dengan pelajar syariah Uni Malaya, jururawat HUKM yang kebanyakannya tinggal klang, (eksaited sebab area tempat tinggal kita kan) ada juga pelajar lepasan SPM lagi.

Oh kenalkan ! Ini doktor dari Hospital Kuala Lumpur. Duduk sebelah akak ni memang beneficial habis. Sebab tak faham ja terus tanya. Macam-macam gak lah yang aku tanya.

Ada satu perkataan baru aku belajar. Apa tu? "Doktor jelloh" I dont know how to spell it right. Akak tu gelak bila dengar perkataan itu disebut ustaz. Ada orang tanya soalan yang ada kaitan dengan doktor jelloh nih. Ustaz tu pun taktahu apa maknanya.

Rupanya ; Doktor jelloh ni dikatakan doktor yang bawa sial. (sorry) Ehe. Bila doktor ni merawat ja akan ada patients yang collapse and et cetra.

Hmm tak sangka ada juga benda-benda gini kat hospital.

Ok done the intro.




Ada satu sesi tu cakap pasal pemindahan organ. Boleh ke tidak organ seseorang berhijrah ke badan seorang yang lain?

Hukumnya Harus. Sebab Islam jaga lima maqasid syariah kan. Macam yang dah diterangkan di entri sebelum ni.

Kerana hendak menjaga NYAWA. (Salah satu tujuan syariah) Sebab itu dibolehkan.
Dalilnya ;

"...Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah ia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.."

Al-Maidah : 32

Firman Allah yang lain ;

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai,darah,daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa memakannya kerana darurat sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas pada kadar sesuatu yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani."

Oh and ada juga pebincangan pasal ini,

Dan kalau mana-mana organ kita yang dah terputus dari badan. Mesti dibasuh elok dan ditanam. Sebagai memuliakan ciptaan Allah yang dimuliakan iaitu manusia.' *Ayat berulang. -,-'

Dan ada satu kaedah Usul Fiqh bagi masalah ini ;

"Apabila bertembung antara dua kemudharatan,hendaklah diutamakan mengelakkan yang lebih besar kemudharatannya dengan melakukan yang lebih kecil kemudharatannya.

Kaedah lain ;

"Apabila sesuatu perkara itu berada dalam keadaan kesempitan, ia akan mewujudkan keluasan."

Selepas itu ada juga orang tanya boleh ke tidak pemindahan berlaku antara muslim and not yet muslim?

Boleh saja. Harus hukumya. Lagipun dalam sistem pemindahan ini berjalan. Hospital akan simpan data tentang penderma dan penerima. Dan tidak akan diberitahu 'kepada siapa' dan 'daripada siapa' organ itu.

Jadi tak boleh dah nak persoalkan muslim ke belum muslim ke yang dapat atau bagi organ ke kita. Sebab kita memang tak boleh nak tahu. Melainkan kalau kau orang ugut nak bakar hospital. Baru boleh tahu kut. 


Oh lepas itu, ada juga talk tentang pembedahan kosmetik. Ada macam-macam jenis. Kalau nak buat untuk menghilangkan kemudharatan, 
untuk keselesaan, 
untuk meningkatkan keyakinan sebagai muslim berketerampilan,
dan tidak menyerupai sifat jantina lain.
dan tidak bawa mudharat,
kerana taat perintah suami itu tidak apa apa lah.

Lagi baik kalau minta nasihat dari pakar yang beragama islam, amanah lagi jujur dulu.

Yang tidak bolehnya kalau hanya untuk kecantikan, menunjuk-nunjuk kemudian bawa ke arah pembaziran.

Oh ada yang menarik ! Pasal Khunsa.

Khunsa ada dua jenis ;

Yang pertama, khunsa musykil. Kalenjar pada alat kelamin seseorang akan diperiksa oleh pakar based on ujian pemeriksaan fizikal dan mental. Sebab ini pasal future kut. Kalau salah check, gelap masa depan la gamaknya kat dunia ni. Tapi akhirat tak tentu lagi. Senyum.

Kalau pakar kenal pasti saluran kalenjar merupakan ovum dan organ kelamin yang kelihatan adalah lelaki. Oleh itu ia dikategorikan sebagai khunsa musykil. 

Untuk merawat keadaan ini, pakar harus pantau pesakit ini hinggalah baligh atau 18 tahun sebelum apa apa pembedahan dilakukan. Jika mereka kenal pasti hormon wanita lebih mendominasi, pakar boleh la membuang alat kelamin lelaki dan menambah baik organ kelamin wanita yang sedia ada.

Yang kedua, khunsa hakiki. Iaitu kanak kanak yang lahir dan memiliki dua alat kelamin sekali gus. Atau sistem reproduksi yang berupa testis dan telur ovari. Bayi ada dua-duanya.

Khunsa ini juga perlukan pemantauan yang teliti.

Dalam kedua-dua kes ini, harus dirawat hukumya. Sebab kemudharatan dihindarkan.

Alright. I'll end here. Will be continued in shaa Allah. ;)
Thank you for reading !







Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling