Konvensyen Fiqh Medic Siri 1


Peace be upon to you. Smile.
Keep calm and continue reading.




Inilah teman saya, Farah Zafirah. Berdua ke sana. Tidur tersengguk sengguk sama dalam hall pun ya.
Ahaks


Memang dah lama sangat tak menulis panjang-panjang kan~
Nah,ini lah. Moga terus tabah baca.

Disebabkan ada lah beberapa orang yang cakap “share2 ea nanti” dan
“nanti kongsi la apa apa ilmu dapat”

Jadi,wah rasa berat lah jugak walau pun itu benda simple cam kau pergi ceramah dua jam. Pastu ada lah hamba Allah minta kau bagitahu dia apa yg kau dapat.

Percayalah bagi saya, itu amanah. Memang susahkan pemikiran macam ni? Asyik fikir yg berat berat. Entah entah sebenarnya dia tu gurau gurau gedik dengan kita. But still ! Saya anggap itu sangat berat.

Alhamdulillah. Saya tak tahu nak cakap macam mana hebatnya Allah. Saya tak tahu macam mana nak tulis tentang baiknya Allah.


Muqaddimah ;
Pada mulanya, dalam bulan februari ke mac, saya dapat tahu pasal ada Konvensyen Fiqh Medic, Perubatan:Sudut Pandang Wasatiyy. Wah! Dah semangat lah kan nak pergi. But nak cari dulu kawan yang nak join sekali. So tunda dulu daftar. Lagi satu nak fikir pasal transport juga.

Alih alih bila dah balik cuti, sampai rumah. Habis lupa dah. Entah macam mana boleh lupa. Tup tup tiba-tiba ada seseorang yang baik nak bagi dua tiket dengan separuh harga. Siap ada dua lagi. Boleh ajak lagi seorang kan?
And busyralana, kami dapat those two tickets for free! Kay,excited.


 

Menara pgrm, cheras. Kat sini lah konvensyen itu diadakan.


Allah mudahkan saya ke sana. Allah mudahkan juga urusan yang berkaitan dengannya. Memang jeng sangat kalau tak bersyukur. Sungguh tak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk syukur.
Ok cut the long history.

Antara butir permata yang saya dapat pada dua hari konvensyen itu adalah;
Dari Dr Maszlee Malik. Sangat banyak ilmu yang ditutur beliau. Allahu, tak berkesempatan catit satu persatu.

Seorang ulama’ mazhab Syafie, Al-‘Izz bin ‘Abd Salam ada kata :
“Segala kewajipan (dalam syariat Islam) kesemuanya merupakan manfaat dan kebaikan kepada hamba Allah dunia dan akhirat”

Sunnatullah dan syariatullah itu ada beza.

Sunnatullah ini adalah perkara sehari hari yang berlaku dalam dunia ini. Yakni kita panggil aturan Allah. Contoh ; Matahari terbit siang, terbenam kemudian datangnya malam, muncul pula bintang. 

Tak pernah lagi lah dengar bintang berkerdipan di siang hari kan. Itu bermakna bumi ini masih dijaga sunnatullah.

Selain itu, manusia dan haiwan reproduce. Itu juga sunnatullah. Yang hidup akan mati sebagaimana muncul kehidupan baru (bayi/fetus) hari-hari. Ini contoh ATURAN ALLAH (sunnatullah)





Syariatullah ini pula adalah undang-undang Allah. Yang disampaikan melalui rasulullah. Yang datang dalam bentuk wahyu. Sebagai PANDUAN. Panduan kepada manusia.

Contoh ; Jenis makanan yang halal dan haram dimakan. Yang syubhah itu pula lebih elok dijauhkan. Selain itu, kewajipan solat yang lima.
Wahai orang yang membaca, sunnatullah itu ada hikmahnya. Syariatullah itu juga ada sebabnya mengapa disuruh ini dilarang itu.

Percaya atau tidak, apa yang Allah turunkan sebagai undang undang di bumi, hanyalah untuk kebaikan kita penduduk bumi.
Kerana itu, kita mesti tahu lima maqasid syari’ah (Matlamat syariah)

Iaitu ;
Agama,nyawa,akal,keturunan dan harta.

Tujuan syariat itu diadakan Allah adalah untuk jaga kelima-lima yg atas tadi.

Jadi,sekarang boleh la kita mendalam ke dalam bab kesihatan. Islam anjur kesihatan. Ya memang benar. Sama ada saranan penjagaan kesihatan melaui teknik pencegahan atau teknik rawatan (bila dah sakit lah).

Teknik pencegahan ;
Kita boleh tahu teknik ini melalui hadith-hadith yang menceritakan tentang kehidupan rasulullah. Baginda saran agar umat Islam tidak hampiri sesuatu kawasan yang dilanda suatu wabak penyakit berjangkit pada masa yg sama tidak keluar dari kawasan yang mana di situ sudah ada penyakit berjangkit, kerana khuatir boleh jadi kita menjadi agen penyebar virus virus jangkitan ke kawasan lain.

Contoh, kisah ‘Amru bin al-‘As di Sham. Boleh cari sendiri nanti.

Teknik rawatan ;

Dalam hal ini, ada banyak dalil dari Quran dan sunnah tentang betapa sepatutnya kita dapat rawatan bila hidapi sesuatu penyakit itu.
Dalam perbincangan ulama usul fiqh, mereka fokuskan pembahagian hadith rasulullah kepada dua kategori iaitu ;

i)             Sunnah berbentuk tashri’i (wahyu)
ii)           Sunnah berbentuk bukan tashri’i (bukan wahyu)

*Ingatkan tadi, ada kata syariatullah itu datang dalam bentuk wahyu. So tashri’i (wahyu) itu adalah urusan agama dan tidak boleh tidak mesti patuh.

Para fuqaha sudah klasifikasikan antara dua ;

i)             Kaedah rawatan seperti berbekam, menggunakan madu dan sebagainya itu sebagai hadith yang bukan pensyariatan (tashri’i)

ii)           Manakala galakan merawat dan prinsip asas penjagaan kesihatan itu pula adalah hadith pensyariatan (tashri’i)

Kenapa macam nih? Kenapa?

Sebab jenis rawatan yang rasulullah bagi tahu kita kebanyakannya perubatan jenis arab badwi. Sebelum rasulullah lahir pun, memang sudah ada kaedah-kaedah rawatan ini. Tapi, ada juga kaedah yang datang semasa Rasulullah hidup.

Yang disyariatkan kita di sini adalah supaya dapatkan rawatan! Rasulullah sendiri dirawat apabila baginda cedera teruk semasa Perang Uhud. Tak pernah lagi dengar Rasulullah biarkan luka atau penyakit yang dihidapi dan hanya bertawakal kepada Allah tanpa usaha mendapatkan rawatan.

Muhammad Sulayman al-Ashqar tegaskan juga kaedah rawatan dan bidang perubatan zaman rasulullah bukan berbentuk tashri’i sebabnya,
Hendak beritahu dan habaq mai umat Islam yang agama kita menerima pembaharuan dalam bidang perubatan dan rawatan.

Contohnya sebagaimana yang berlaku dalam peperangan Badar. Rasulullah memutuskan satu lokasi tertentu. Lalu datang seorang sahabat Rasulullah, Hubayb bin Mundhir bertanya kepada rasulullah s.a.w ;

“Wahai rasulullah, adakah lokasi ini ditentukan Allah yang tidak boleh diubah ubah atau ia merupakan pilihan peribadi tuan?”

Jawab rasulullah : “Tempat ini adalah pilihan pribadiku dan salah satu taktik peperangan”

Hubayb lanjutkan lagi : “Wahai rasulullah,tempat ini bukanlah tempat yang terbaik. Lebih baik kita pergi ke tempat yang rendah dan ada air”

Rasulullah bersetuju dan terima cadangannya, lalu berkata :
“Kamu telah berikan pendapat yang bernas, wahai Hubayb”

Nampak tak kat situ? Dah Nampak?

Sesungguhnya ijtihad rasulullah berkenaan perkara DUNIAWI adalah pendapat peribadi baginda. Dan boleh jadi ada yang lebih baik. Dan boleh pula diubah ubah. Bukan berbentuk wahyu yakni yang berkaitan agama dan akhirat, yang mana tidak boleh diubah ubah sesuka hati.

 All in all, nak guna jenis kaedah apa pun untuk dapatkan rawatan atan pencegahan sama ada yang rasulullah pernah buat atau tidak adalah dibenarkan. 

Sebab ada juga jenis rawatan yang Rasulullah anjurkan itu hanya bersesuaian untuk masyarakat arab yang tinggal di padang pasir tapi tidak sesuai untuk penyakit baru yang datang dalam kalangan kita, orang Asia.


Yang pentingnya, berusaha utk dapatkan rawatan itulah sunnah yang mendapat pahala in shaa Allah.


Ada banyak lagi yang nak dikongsi. Berkaitan perubatan menggunakan ruqyah. Home birth. Wanita bersalin, bayi disambut doctor lelaki. Apa perubatan Islam itu sebenarnya. Apa peranan doctor sebenar benarnya.


Moga Allah mudahkan saya menulis post yang seterusnya. Wallahu a’alam.
Wassalam. Senyum. Koma





Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling