Penyeru bukan penghukum !

Allahu Allah.

Izinkanlah.

Post ini bukan utk pelajar sekolah agama, ustaz ustazah tapi utk semua. Semua.





Apa apa yang kita buat, kita cakap, kita niat, kita doa diam-diam yang boleh bawa orang sekeliling kita 'Kembali pada Allah'

Itu namanya dakwah.

Kita kutip sampah yang tersadai tengah jalan.

Itu dakwah.

Kita beli air. Gerak ke tepi. Dan duduk. Dan minum.

Itu dakwah.

Kita zikir sambil turun tangga.
Itu dakwah.

Kita baca al quran di ruang tamu rumah atau dorm hatta bilik,

itu dakwah.

Kita jalan. Jaga pandangan. Tapi masih boleh mngelak tiang2 di tepi jalan.

Itu dakwah.

Dakwah dengan jadi qudwah itu tak susah walau tak berapa nak mudah.

Berapa banyak ja sunnah rasulullah yang kita tahu dan amal?

Dan sunnah terbesar rasulullah s.a.w itu dakwah.

Memang betul ramai yang akan kata ;

"Aku ni pun tak berapa nak betul, nak ajak org wat baik"

"Susah la nak jaga niat. Nanti ter-riak pulak"

Atau org yg berilmu skit ;

"Dalam kita melakukan sst amal, haruslah dimulakan niat. Niat yg ikhlas itu akn menjamin amal kita di sisi allah. Dengan menunjuk nunjuk kebaikan kita bukanlah cara org yg ikhlas."

Erk.

Ikhlas. Itu ikhlas memang susah mahu dapat. Kalau tujuan kita nak riyak depan orang pun. Bila kita dah selalu buat benda tu depan orang.

Nak riyak dengan siapa lagi?

Buat ja dulu. Amal ja dulu. Soal ikhlas itu kita akn bina hari demi hari. Detik demi detik.

Ajak orang buat baik, larang orang buat benda buruk itu kan cara Islam ajar.

Baru aman hidup nih.
Tak perlu takut lagi Umat Islam terpengaruh dengan iluminati atau wafat abadi.

Sebab.
Sebab tiap diri kita yang sedar Islam itu agama yg benar, akan buat 'kerja' kita.

Ya kita ada 'kerja' yang gajinya Allah bayar di syurga.

At taubah : 111

Semua org pun layak utk dakwah. Siapa yg kata ada antara kita yg tak layak, kasi tembak ja. Senyum.

Saya juga punya khilaf. Bukan bermakna sempurna orang yg mengajak ke arah kesempurnaan ( Allah ).

P.s kalau semua kita-kita nih
doakan sesama kita. Saling nasihat antara kita. Allahu, tenangnya hidup. Tenang dgn ingat Allah.

Kesat air mata.
Salam Jumaat

Comments

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling