Kalau bukan kita, Siapa lagi??
Peace be upon to you.
Latest status on my timeline.
Lecturer aku kata ;
Ramai budak genius pandai-pandai kat malaysia ni nak amik medic. Kenapa tak nak amik sains? Pure science. Malaysia adalah negara membangun sebab kita ambil teknologi negara lain dan inovasikan. Sedangkan, kalau kita nak jadi negara Maju, kita patut cipta teknologi kita sendiri. Kajian dan teknologi baru yang dihasilkan saintis dari Malaysia akan buatkan kita negara maju. Bukan sekadar negara membangun.
Lepas ja dari itu, aku terfikir siapa agaknya yang akan majukan Malaysia?
Ada juga orang awam kata ;
Movie-movie Malaysia takda kualiti. Asyik asyik pasal cinta. Memang tak sudah lah remaja sekarang asyik sibuk layan perasan. Sampai taktahu cara nak tajamkan pemikiran. Lebih suka guna hati jadi KPI dari akal.
Aku pun mula terfikir, siapa agaknya yang nak ubah industri seni Malaysia?
Ada juga desas desus dari lidah ke lidah ;
Umat Islam hari ni tak kenal Allah. Lagi kenal artis dari ulama. Masyarakat hari ni tak hormat pemimpin. Yada yada yada...
Aku pun mula terfikir siapa yang akan buat umat hari ni kenal Tuhan? Siapa yang nak beritahu mereka tentang orang yang ajar ilmu? Siapa nak nasihat mereka untuk hormat ketua mereka?
Bla bla bla..
Senyum. Sinis.
Tahu apa masalah kita? Menunggu orang lain gerak dahulu. Menanti ada orang lain yang akan bangkitkan sesuatu isu. Mengharap ada orang yang akan mengubah. Sedangkan diri kita berdiri batu tak gerak-gerak.
Malu.
Aduhai syabab. Aduhai pemuda. Aduhai belia. Kita leka.
Terlalu leka. Dan lupa akan tanggungjawab kita.
Masa yang ada manfaatkan. Manfaatkan untuk umat. Moga dengan jadi khadimul ummah itu buat kita lebih hampir denganNya.
For brothers and sisters who're still searching for Allah, finding the purpose of your living, that are not reasons for you and me to neglect our responsibilities on ummah.
*khadimul ummah : hamba umat
P.s Tanggungjwab kita melebihi masa yang ada. (Imam Hasan al banna). Jika terasa ada masa yang percuma di situ di sana, sedar atau tidak, kita tak buat tanggungjawab kita.
Faghfirli. Faghfirlana.
Comments
Post a Comment