Belajaq sampai lebam
Peace be upon to you.
Ini yang aku tulis baru-baru ni di facebook. Lebih suka update status fb berbanding blog sebab aku tahu aku tulis kepada siapa di facebook.
Tapi in shaa Allah lepas ni, blog akan di update. Moga Allah mudahkan. Final exam is around the corner. Moga Allah bantu.
Moga Allah bantu saya dan kamu.
Aku rasa aku kena betulkan cita-cita aku.
Ya allah, aku tak kisah dengan course apa yang Kau nak beri. Jika itu yang boleh aku jadikan sebagai medan untuk aku bantu Islam, permudahkanlah.
Islam tak pernah perlukan kita. Kita yang perlukan Islam.
Islam bawa kita kenal Allah. Islam buat hidup kita sehari-hari jadi ibadah.
Sangat men'stress'kan diri untuk fikir, aku nak amik ni. Aku mesti dapat ni.
Azam memang perlu ada. Perancangan memang perlu ada.
Tapi bila kita letak Tuhan kita yang pertama. Sungguh tiada yang menggaru-garu hati ni lagi.
"Kita merancang. Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah itu lebih baik."
Terkadang aku pelik dengan orang yang dapat capai apa pun yang dia hajat. Boleh kata itu sebab usaha dan doa dia.
Tapi, bila aku berdoa dan terlalu mengharap perkara-perkara dunia, itu yang Allah tahan. Aku tahu ada hikmah dan perkara yang lebih baik Allah nak beri.
Tapi, aku rasa Allah cuma nak tarbiyah (ajar) aku 'hidup bermatlamatkan Dia' itu lebih baik dan lebih tinggi di sisiNya.
Pernah tak satu ketika, kita menangis sebab mengharapkan sangat sesuatu itu?
Tapi, tika air mata mengalir saat aku sangat mengharapkan dunia, rasa malu menerjah.
Hidup kat dunia tak lama. Akhirat itu selama-lamanya.
Akhirat itu lebih baik dari dunia.
"Eh, janganlah jumud sangat. Kalau tak berusaha untuk dunia, cemana nak hidup?"
Islam ajar ;
Seorang manusia itu lahir ke dunia sebagai hamba. Juga sebagai khalifah.
Dalam konteks khalifah:
Islam sangat anjurkan kita makmurkan dunia, kaji lagi ilmu, perhati alam ini, tingkatkan lagi teknologi. Dengan tujuan agar kita kenal siapa Pencipta kita. Agar jadi bukti kita tunaikan tanggungjwab kita sebagai khalifah kat dunia ni. Agar orang lain juga kenal Islam itu cara hidup yang dekatkan kita pada Ilah (Tuhan).
Dalam konteks hamba:
Tapi, banyak antara kita abaikan yang hakikatnya kita hamba. Pernah kita merancang tapi tak jadi. Pernah kita mengharap walaupun itu untuk kebaikan Islam tapi tak dapat. Sebab apa? Sebab kita hamba. Sedangkan hari esok kita tak boleh jangka. Jadi harusnya kita sedar apa pun yang kita buat berbalik kepada Dia.
Kita hidup kerana Allah kan?
Kita juga akan kembali kepada Allah. Sebab kita datang dari Allah.
Apa pun bidang yang kau mahu cebur, pilih yang kau fikir kau mampu untuk buat terbaik dalam bidang itu, agar kau boleh sumbangkan sesuatu untuk Islam melaluinya.
Tapi, kalau apa yang kau fikir terbaik untuk kau itu Allah tak bagi, itu maknanya Allah lebih tahu apa yang terbaik. Masakan tidak, Allah yang ciptakan kita.
Belajar ja. Belajar sebab Allah suka hambaNYA yang menuntut ilmu.
P.s Islam buat kita cool. Tak gundah sangat fikir masa depan. Sebab takdir hidup kita bukan seratus persen dalam tangan kita. Allah yang buat keputusan. Kita cuma buat pilihan dan usahakan.
P.ss Allah akn tunjukkan jalan.
P.sss Dan keputusan TUHAN SEMESTA ALAM masakan buruk?
# Kita tahu apa? Allah lebih tahu segalanya.
Hye Taufiq dh follow blog awk :) Happy blogging ye :)
ReplyDeleteMohon follow balik blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :)
Done following back. :)
DeleteSalam..gud blog..gud writing..saya pernah terfikir untuk jadi penulis yg baik..sbb nak buat blog yang ramai orang boleh pergi refer..tapi saya tak pernah dapat peluang itu..sebab trsangat sibuk kerja..mungkin satu hari nnti saya dapat luangkan masa untuk menulis
ReplyDelete