Lelaki dan wanita itu ayah dan ibuku.

Peace be upon to you.
May Allah bless whoever read this.

Jumaat sambutan Thaipusam. Memandangkan Malaysia adalah negara berbilang bangsa dan agama, makmur lagi berintegriti, kami pelajar UiTM dapatlah satu hari cuti. Semua pun pakat-pakat balik rumah dari khamis petang lagi.

Tapi, aku balik hari jumaat malam macam tu. Sebab nak belajar sekejap. Okay bohong. Sebenarnya tak belajar pun, cuma siapkan homeworks di alam nyata dan alam maya. Atau dipanggil mastering and online quiz. 

Kenapa aku balik juga? Bukan sebab rindu sangat pun. "Amboi,hanisbiha tak baik hang habaq lagu gitu, memang hang tak sayang famili sendiri ka?"

Siapa kata aku benci? Allahu allah, keluarga itu anugerah terbaik yang Allah kurnia buat manusia. Manusia seperti aku yang masih terkedek-kedek mensyukuri nikmat Allah al-Wahhab bagi.

Pulangnya ke rumah bukan sebab nak rehat. Bukan sebab nak lari sekejap dari beban belajar di puncak Alam ini, tapi cuma tunaikan tangungjawab yang ada di rumah pula. Bila sampai kolej dan fakulti, tanggungjawab sebagai pelajar? Belajar! Tanggungjawab sebagai kawan? Buat sesuatu yang menggembirakan!

Bila pulang ke rumah, tanggungjawab sebagai anak. Eh? Bila duduk kolej, tanggungjawab anak itu hilang kah? Bukan hilang. Cuma tak seberat bila ada di rumah dan berhadapan sendiri dengan tanggungjawab kita. Apa itu? Ayah dan ibu.

Sebelum masuk bab itu, setiap minggu aku balik sebab ada lagi satu tanggungjawab yang aku perlu lunaskan, tangungjawab sebagai murabbi. Ya,murabbi. Untuk adek-adek yang dichentai kerana Allah, yang mengharapkan sesuatu yang membasahkan jiwa dan menyentak hati untuk bantu mereka islah. 

Aku berkorban sedikit saja. Ya,hanya sedikit. Hanya beberapa jam untuk liqa atau bulatan gembira dalam satu minggu di rumahku, tapi terkadang aku rasa berat. Bukan kerana tarbiyah yang aku pilih untuk terus thabat (tetap) ini. Tapi kerana di dalam rumah itu juga ada mak dan ayah.

Ya, mak dan ayah. Terkadang aku tak dapat nak arrange masa sendiri dengan baik untuk belajar dan untuk puaskan hati mak. Tapi, tidak mahu aku persalahkan sesiapa, lebih-lebih lagi wanita dan lelaki itu yang aku panggil ayah dan mak.

Kadang-kadang, mak ajak keluar. Pergi dekat-dekat saja pun, tapi hati mak yang nak anak dia selalu dekat dengan dia memang lumrah lah kan? Senyum. Itu yang aku tidak boleh nak tolak. Jadi, dengan permintaan mak aku dan juga tuntutan belajar aku, aku perlu bahagikan. Agar keduanya seimbang. Itu kita panggil tawazzun (keseimbangan).



Sekembalinya aku di rumah, aku beritahu aku dapat band 3 untuk MUET baru-baru ini. Fair enough. Sebab aku memang tak bersungguh pun nak hadapi MUET. Dan aku pun tak biasakan diri dengan 'languange' around me.

Dan kelayakan UiTM nak untuk Medic adalah Band 4. So,aku masih fikir-fikir, nak ulang ke tak nak. Sebab kalau ulang memang akan makan masa, result MUET keluar lambat lagi, selepas degree masuk. So,kalau ulang, kemungkinan untuk lambat masuk dan ketinggalan itu memang tinggi.

Lalu, aku fikir-fikir lagi, boleh tak kalau ambil dentistry saja. Ya lah, sebab dentist tak sesibuk duktur dan bukan jadi rebutan seramai orang yang nak jadi duktur.

Bila aku cakap dengan ayah aku, "boleh tak kalau kakngah amik dentistry je?"
Ayah diam. Ayah tanya "Memang kena band 4 ke? Nanti tanya lah along."

Along itu kakak saudara merangkap orang yang meniupkan bisikan-bisikan pengaruh aku masuk UiTM. Sebab memang almost all family members UiTM staff and students. Jadi memang nak penuhkan UiTM itu dengan cucu Hajah Endong lah kut. Ehe.

Ayah tak pernah bersungguh nak aku buat itu dan ini. Banyaknya pilihan aku buat sendiri. Ayah tak pernah paksa. Tapi,kali ini aku dapat nampak harapannya. Harapan ayah untuk ada seorang dari anaknya jadi doktor.



Allah.. Kalau aku nak ambil medical degree, kena usaha lagi. Mesti 4.0 ! Itu targetnya. Sebab competitors pun boleh tahan hebat. Masalahnya aku ini bukanlah orang yang rajin belajar sangat. Tapi disebabkan Medic, aku tahu aku perlu bersungguh. 

Habis tu, kalau dentistry memang boleh relax sikit lah hanisbiha?

Tadelah relax sangat. Tapi tetaplah lebih menenangkan berbanding medical. Ehe.

Tapi, I've to keep my intention right. Walau nak buat ayah gembira pun, walau nak buat mak senang hati pun, Redha Allah itu lebih utama. Kasih rasulullah itu lebih patut dipandang.

Sebab ;

"Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." (Riwayat Bukhari)


Bab ini boleh hurai panjang lagi. Tapi disebabkan masa suntuk. Dan test one menanti sebab itulah kena pergi belajar ni. Belajar last minute? Angguk. Tapi, kali ini tidaklah terlalu 'last' sangat berbanding duduk asrama dulu kan?





LIST TOO CRUCIAL TO IGNORE

1) Arrange study timetable

2) Kuatkan hati dengan zikrullah. Never belittle making dhikr of Allah. 

Senyum. Senyum lagi.

P.s Lelaki dan wanita itu selalu mendoakanku. Menangis untuku. Menggembirakan aku. Mana mungkin aku ketepikan mereka. Biiznillah.

Moga ayah dan mak Allah redha.
Ameen ya rabb.


*Semangat exam.

Comments

  1. List too crucial to ignore to dahsyat tajuknya .
    Huda buleh cuba lepas ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cant hold my tears

Kita kuat kan?

Struggling