Posts

Showing posts from October, 2017

Sangat rindu

Aku rindu. Rindu pada usrah yang dulu. Rindu untuk berbual tentang Allah. Yang jadikan aku seolah aku benar-benar mahu cepat-cepat jumpa Dia. Aku rindu untuk kata yang aku beramal kerana Allah. Biarlah tiada orang tahu tentang kerja ku. Berat atau ringan. Tapi asal Allah tahu, aku sangat senang sekali. Aku rindu untuk menulis pada Allah. Cerita tentang letih sekali hari itu. Tentang manis sekali kenangan itu. Tentang baik dan buruk aku yang Dia sudah sedia tahu. Aku rindu untuk kata "Kita berukhuwah biar sampai ke syurga. Bukan sebab kita nak jumpa kawan yang kita sayang di sana. Tapi sebab kita mahu sama-sama jumpa Allah yang selalu sayang pada kita" Allahu. Aku rindu. Sangat rindu.

Pulang

Bismillah. Mata tertutup tenang. Nafas diambil teratur. Dihembus lancar. Hati bisik "Ya Allah, terima kasih untuk satu lagi hari. Hari ini" ** Besar sekali tanggungjawab kita. Banyak sekali yang masih belum tertunai pula. Paling berat bila teringat pada banyak benar nikmat yang perlu aku syukur. Belum selesai syukur satu, allah datangkan lagi satu. Belum habis syukurkan yang sebelum itu, telah aku rasa mahu minta lagi dari Allah - yang makbul doa hambaNya tanpa jemu. ** Apabila hari-hari ku jadi susah, aku tahu Allah sedang menunggu. Tunggu hamba Dia meminta dengan tulus pada Dia. Bila aku rasa tidak bijak susun urusan dunia. Aku tahu kerana aku sudah tidak atur dengan baik urusan akhirat aku juga. Allahu. Kau Yang Satu. Menjadi pembaca setia tulisanku. Menjadi pemerhati tiap amal baik dan buruk aku. Mengingatkan aku bila aku menjauh dari Mu. ** Tiap getir dalam hidup, allah telah siap-siapkan jalan keluar. Di balik guruh dan air hujan yang Allah turunkan, a...