Posts

Showing posts from April, 2017

Dose 2

Amanah ini bukan satu kemuliaan yang boleh kau jaja sana sini "Oh aku sedang dan sudah buat sesuatu" Tapi satu peti yang berisi jumlah soalan yang sangat banyak sekali untuk kau jawab depan Allah nanti ** Sampai mati pun, aku masih mencari perkara yang sama ** Walau tugasan jenis apa yang aku pikul. Walau tanggungjawab apa yang orang letak. Walau kepercayaan yang jenis apa orang beri. ** Tiap apa saja idea yang buruk dan baik. Tulisan yang sedap dibaca. Kefasihan cakap. Skil yang mengagumkan orang. Semua ini Allah punya. Tak pernah jadi milik kita. ** Mengapa kau masih lagi berbangga-bangga? ** Sampai mati pun, aku masih mencari yang namanya "Ikhlas" . Hanisbiha 0053 23.04.2017

Dose 1

Ketika mana kamu sangat sangat perlu luahkan sesuatu. Jadikan huruf-huruf ini sebagai perantaranya. Ah tenang sekali menulis di satu sudut yang tak perlu lagi kau berat fikir. Fikir tentang apa pandangan manusia, berapa orang yang suka atau yang tidak suka. Tapi hanya fikir “asal apa yang aku rasa diekspresi” Aku ini fikirnya banyak sekali Tapi tak improve-improve juga. Salah niat mungkin. ** Entah lah kenapa hati ini jadi teringat zaman di asrama. Aku tasydid sekali. Pada awal awal mengenal tarbiyah. Kemudian aku mula jadi lebih terbuka tapi tetap lagi menjaga. Susah sekali jika ada laki mahu borak biasa-biasa. Aneh rasa. Kemudian fasa universiti pula mula. Tetap lagi menjaga. Tidak boleh beri ruang pada yang mahu bergurau dan tahu lebih tentang kita. Mungkin usrahnya selalu. Tidak tinggal. *ketawa kecil. Tapi jiwa ini tetap juga ada rasa bersalah.  Kerana dikata sombong mungkin. ** Setelah itu harus jadi perwakilan pula di universiti. Sikap aku y...

Struggling

Sejak di bangku sekolah. Jadi manusia yang dikenali orang kebanyakan itu bukan aneh bagi aku. Bukan satu perkara yang aku kisah lagi. "Eh nanti orang pandang" "Ah seganlah. Bagi dia bagi dia lah" Tapi kini ia jadi suatu yang aku kisah. Kerana mahu rehat kah Sedangkan kepimpinan, organisasi, perbincangan itu satu nikmat yang aku amat senang dengannya. Tetap saja ia juga musibah yang aku mahu bersabar dengan ia. Sepertinya perasaan yg dirasa sekarang adalah sama di waktu asasi dulu. Rasa tidak mahu lagi orang kenal. Rasa tidak mahu lagi ke depan. Ah kenapa kah? Aku lebih tenang dan lancar berbicara di ruang yang tidak ramai orang seperti notable blog ini. Heh. Berbanding facebook. Mungkin kerana sukar sekali menjaga niat di ruang yang terlalu ramai orang. Rasa mudah saja keinginan itu kepada publisiti. Aku tidak suka. Tidak suka pada perasaan itu. Ah ada orang lebih memilih untuk tidak menghadapi apa yang dibenci dan menjauhk...

Decide !

Sometimes, the first choice is not always the best. You have to rethink. Have a good conscience Have a strong reason To come out with a powerful decision. It is powerful because every decision we make in the present may create a different future.