Kita bebas untuk beremosi
Bismillah. Emosi. Betapa emosi mendorong manusia untuk mengekspresi dengan lebih baik. Boleh jadi ekspresi itu bentuknya riak wajah, percakapan, tindak tanduk mahupun penulisan. Jika pernah kamu terbaca novel Tenggelamnya Kapal Van Der Widjck atau sekurangnya pernah tertonton ia di atas layar atau kaca televisyen, pasti kamu akan ingat tentang Zainuddin. Zainuddin yang terbuang. Zainuddin yang tidak mulia keturunannya. Zainuddin yang ditinggalkan wanita yang pernah janji untuk setia. Serta Zainuddin yang berjaya dengan menggunakan kisah hidupnya yang sedih derita saja. Bagaimana Silamnya yang meremukkan buat dia menulis kisah itu dengan emosi yang benar dan diekspresi dengan tulus lalu diterbitkan. Masyarakat merasainya. Masyarakat jadi memuja dia kerana istimewanya susunan huruf huruf yang disulam emosi itu. Maka saya jadi percaya apabila seorang manusia mengekspresi emosi dia dengan tulus dalam penulisannya buatkan ia mudah difahami dan dihayati pembaca. Jika minat seorang ...