Posts

Showing posts from June, 2015

Semput

Image
Hanisbiha, jadual kau tak sama dengan orang lain. Jadi jangan banyak main. Sebab tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada kan? Jangan mudah sangat terpengaruh deh. Dan ingat... Kita buat amal macam mana mana pun, orang tak perlu tahu. Tak perlu. Masih terlalu sedikit sumbangan kamu. Bagaimana boleh terfikir untuk diberitahu, dberitahu manusia lain? Kalau Allah tak kira.. Malu. Bismillah.

Pantas sikit boleh?

Image
Bila ditegur tentang lambat. Ya aku sedar aku ini suka melambatkan. Melengahkan. Buat keputusan ambil masa lama sangat. Islam itu harus cergas. Pantas. Bukan lengah. Tidak cepat lelah. Memang kena fikir betul betul sebelum bertindak. Tapi ada perkara yg sudah jelas kebaikannya tidak perlu dibawa fikir lama lama.  Perlu terus kerja. Kerjakan saja. Malu. Aku malu. Faghfirli. Sebab menjadikan alasan "nak fikir betul betul dulu" sebab nak rehat lama.

Stress jangan tak stress

Erk. Propa sangat tajuk. Sebab stress tak akan boleh makan diri. Ya yakin dengan itu. sesiapa yang ambil perubatan dan suka procrastinate seperti hanisbiha ni, boleh la ambil tips ni. Anggap saja stress itu makanan ruji. Jika bukan ruji,  jajan/kudapan pun jadi lah. Ambil nutrisi dari stress (baca : kudapan) itu, cuma ada hadnya seperti makanan lain lain juga macam fat dan protein. Lebih tak elok. Kurang pun tak elok. Ambil la secara elok elok ja. Sebab bila kita bekerja dalam keadaan tertekan, mungkin ia lebih kuat untuk menolak kita ke hadapan. Maka gunakan. Gunakan stress itu. Gunakan tekanan itu. Hadamkan. Ambil nutrisi ia. Bila dah stress banyak sangat tak studi lagi, tenangkan diri. Dan paling penting, jangan lari. If you stress, do not run, but face it. That is the only way. Tak suka macam mana pun, keadaan yang buatkan kita stress tu, hadapi saja. Gagahkan saja. Jika kita lari, percayalah stress itu akan jadi 'makanan' yang lebih besar yang boleh makan kita. Mak...

Gembira sikit boleh?

Image
Tengok orang lain tersenyum buat aku terfikir "bahagia mungkin, dia". Lihat orang lain ketawa buat aku fikir "tiada masalah mungkin, dia" Perhati orang lain gembira dengan apa saja yang dihadapinya buat aku yakin "dia mampu menghilangkan apa yang gundah dari wajahnya, ah mungkin saja kerana hatinya juga lapang lapang saja" Bagaimana mungkin ada orang yang tiada masalah? Masakan manusia itu hidupnya bahagia bahagia saja? Kata rasulullah, orang yang bijak itu adalah orang paling selalu ingat akan mati. Maka sahabat seringkali risau dan bimbang jika amal masih kurang. Tapi hanisbiha, kenyataan itu tidak patut mengurangkan rasa manisnya dunia. Ya dunia ini manis. Allah beri kita peluang untuk rasa. Dalam kita berpada pada. Supaya kita syukur. Bukanlah sampai kufur. Jika kau menidakkan apa apa yang manis, bagaimana mahu kau syukur akan rasa manis nikmat itu? "Dan terhadap nikmat TuhanMu, hendaklah kau nyatakan (dengan bersyukur)." Dhuha : 11 ...