Posts

Showing posts from December, 2014

Kita tak tahu apa yang terbaik?

Image
Boleh jadi yang kau fikir baik itu bukan yang terbaik. Boleh jadi yang kau fikir buruk itu lebih baik.   Ah klise benar ayat atas itu. Tapi puas akal kau beritahu hati, tetap degil seketul hati itu mahu yakin dengan ia. Dalam kau menginginkan yang A, puas sudah kau usaha tapi yang Z juga yang Allah beri. Kau mahu kan kejuruteraan tapi pendidikan pula yang Allah kasi. Kau hendakkan kereta myvi tapi Ferrari pula yang Allah bagi. Eh. Mungkin kerana kita fikir kita sudah merancang dan melaksanakan baik baik buat kita lupa sebenarnya ada yang Di Atas sedang merancang dan perhati. Malah sedang menentukan yang lebih baik utk kita di bumi. Untuk siapa, impian/perancangan kau tu? Dalam kehidupan kita sehari hari, ada perkara yang sangat kita inginkan, dan kita usaha dan usaha dan usaha utk realisasikan, tanpa kita tanya pada diri kita "Adakah ini yang Allah redha?" atau tanya pada Dia "Adakah ini yang Kau suka?" Dari kita lahir hi...