Jarum itu berdetik laju
Life as a medical student not as suck as you think. True. Aku tidak memilih perubatan dari awal hidup aku pun seperti ramai orang apabila ditanya ; Kenapa nak jadi duktur? Jawab mereka akan berbunyi seperti ; "Memang cita-cita kita sejak kecil la" "I've wanted to become a doctor since I was small." "Memang dari dalam perut ibu saya lagi, saya dah bercita nak jadi doktor!" Okay. Fine. Tapi cita-cita itu mula dari zaman Asasi Sains di UiTM Puncak Alam. Ketika mana hampir semua budak asasi zaman itu dan zaman lain-lain juga (aku rasa) akan pasang cita nak ambil bidang perubatan. Gaya macam hot stuff sangat bidang itu waktu mula mula masuk asasi. Dipendekkan cerita, lalu aku benar-benar sedang melalui jalan ini. Setiap apa yang kita ambil, buat, atau putuskan pastikan ada tujuan. Aku mula fikir-fikir kenapa aku mahu ambil bidang ini. Kenapa hanisbiha? *Pandang cermin. "Sebab aku nak buat baik dengan orang?...