Nikmatnya jalan ini !
"Bidang perubatan keseluruhannya adalah perubatan Islam. Dari segi perubatan alternatif mahupun perubatan moden itu adalah bagaimana Islam mengajar umatnya untuk menaik taraf kehidupan manusia khususnya dalam bidang perubatan." kata Dr Har. "Alangkah bagusnya jika hospital itu dijadikan medan tarbiyah. Bagaimana medan tarbiyah ini? Setiap warga hospital ; doktor, jururawat, staf semuanya berakhlaq baik menjadikan setiap pesakit itu selesa untuk tinggal di hospital. Jika hospital hari ini dijadikan sebagai hospital tarbawi yang punya nilai islamnya, maka akan ramailah yang mahu tingal lama di situ. Hal ini menunjukkan betapa indahnya biah (suasana) yang wujud di sesebuah pusat rawatan itu." Ucap Dr Abdul Latif. Aku mendengar tekun. Ya sangat tekun. Kagum terselit pada hatiku. Aku menyelak buku program di tangan, dan ketahuilah bahawa kedua-dua orang hebat ini merupakan guru (pensyarah) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mindaku menerawang. "...