Posts

Showing posts from May, 2015

Sebab Tuhan, bangunlah

Image
Bila aku terlalu banyak minta perkara dunia, aku jadi malu. Kerana banyak masa aku luang untuk lunaskan urusan dunia,  kemudian bila aku menghadapMu dan menadah tangan, lalu dunia juga yang aku pinta. Allahu, sungguh akulah hamba yang culas dalam menjaga. Menjaga Kamu juga agamaMu. Faghfirli.

Split Identity Disorder katanya..

Image
"Hanisbiha, boleh tukar tukar karakter kat tempat beza beza kan?" Angkat kepala. "Ya, boleh" "Jadi?" Senyum. Ya kerana daie seharusnya mampu.

Fastaqim !

Image
Nak tulis panjang malam ni boleh? Hanisbiha.. Sebab bukan manusia penilai kita. Bukan mereka tentu baik buruk kita. Melainkan kita dengan Tuhan kita. Apa apa yang tak mendatangkan pahala dan dosa, jangan sibuk fikir nanti hanya jadi sia sia. Buatlah perkara yang Tuhan suka. Bukan sebab ganjaran dunia yang kau damba tapi hanya kerana demi dapat cinta dan perhatian Dia. Tak senang ke kalau Allah selalu ada selalu jaga? Penatnya hidup dengan selalu fikir apa yang orang kata. Tak letih ke? Cukuplah sampai sini. Cukup cukuplah dengan sangka buruk, membanding-banding dan rasa inferior dan insecure. Malu dengan Tuhan. Jangan sampai malu pada manusia buat kita tak boleh nak buat kerja/amal yang disuruh Tuhan. Hidup di dunia sekali. Kemudian mati. Nak bawa apa akhirat nanti? Berhentilah jadikan alasan 'tak mampu' dan 'tak kuat' dan 'tak biasa' hanya sebab masih mahu duduk dan bermalasan dan bersenangan dengan apa yang kau ada dan berangan dengan apa yang kau belum ...

Sebab melaghakan diri sendiri

Image
Bismillah. Ketika hati mula jatuh sakit, ada dua pilihan. Sama ada biar ia terus sakit atau cari penawar agar ia sihat. Semula. Aku mahu pilih menjadi sihat, tetapi aku tak cukup kuat. Ah, persetankan syaitan. Lawan. Mana mungkin pejalnya tembikar, sebelum api marak membakar. Masakan gagah si askar, tanpa latihan yang tegar. Kerana asal tembikar itu tanah liat yang lembik dan asal askar itu pemuda yang mudah capek (Baca : letih) Ingat Allah. Ingat mati. Ingat penghulu segala nabi. Ingatkan diri sendiri ; "Tanggungjawab kita melebihi masa yang ada" Walau ada sesetengah amanah itu menggoncang jiwa. Tiadalah engkau suka. Tapi inilah dunia, buat apa yang kau 'kena' buat, bukan hanya apa yang kau 'suka' buat. Jika mahu jalan (baca : kehidupan) ini akhirnya bahagia. Maka, usaha berjuang itu adalah kau yang punya. Tiada siapa yang akan kerjakan untuk engkau. Tiada siapa.